IKLAN

"Separuh Bogel Demi Hak Wanita!" - Alicia Amin


ORANGNYA berwajah eksotik, tinggi lampai dan bertubuh langsing: satu resipi yang lengkap untuk menjadikan Alicia Amin seorang model fesyen dan pelakon terkenal.

Namun belum sempat memenangi hati peminat industri hiburan tanah air, bekas peserta program Asia’s Next Top Model musim kelima (ANTM5) itu dihimpit kontroversi gara-gara gambar-gambar separuh bogelnya di media sosial.

Namun itu tidak melunturkan semangat Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 22.

Katanya, dia perlu berani untuk berhadapan dengan setiap cabaran terhadap tindakan dilakukannya.

“Sejak berusia 16 tahun saya sudah berhadapan dengan situasi begini ketika memperjuangkan hak wanita dan pandangan peribadi."

“Kadang-kala industri mengharapkan kesempurnaan, namun kita harus berani mengambil langkah pertama untuk bermula. Sebab itu, saya sentiasa mahu melakukan yang terbaik dengan apa yang saya miliki,” kata Alicia kepada mStar Online.

Baru-baru ini, Alicia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dihentam teruk oleh netizen yang mengkritik gambar separuh bogelnya memperagakan pakaian dalam di satu akaun Instagram.

Sesi fotografi tepi pantai itu dikatakan diambil di Melbourne, Australia pada tahun 2016 dan Alicia dikatakan menggayakan koleksi Victoria’s Secret.

Bagaimanapun, pelakon drama Meh Sandar Lagi ini meminta netizen untuk melihat kebaikan seseorang dan bukan hanya mencari kesalahan.

“Saya berharap netizen mencari ciri-ciri baik dalam seseorang dan bukannya mencari kesilapan."

“Mencari kesilapan orang lain tidak akan menjadikan mereka lebih bahagia. Saya tahu pandangan saya mungkin tidak sama dengan orang lain."

“Tetapi saya percaya kita hidup di negara yang mempertahankan hak kita untuk menerima semua budaya, bangsa, agama dan hidup bahagia antara satu sama lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan kariernya, model kacukan Melayu-Jerman ini mengakui sedang bercadang untuk mengambil kelas lakonan bagi mengasah lagi bakatnya.

Alicia juga mahu mencabar diri dengan menerima lebih banyak watak dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

“Saya berharap dapat mengambil kelas lakonan dan memperbaiki kebolehan dan kemahiran dalam bidang ini."

“Malah, saya teruja untuk belajar dan menyerap semuanya seperti span. Selagi ada peluang yang datang, saya ingin mencabar diri saya dengan lebih banyak watak sama ada dalam bahasa inggeris atau bahasa Melayu,” kata Alicia.

Walaupun kami bukanlah dalam posisi yang sepatutnya untuk menegur Alicia, namun sebagai saudara sebangsa dan seagama kami rasakan perlu berkata sesuatu berkenaan pendirian Alicia bergambar seprauh bogel itu sebagai ‘hak wanita’ dan pandangan peribadi.

Setelah 60 tahun merdeka, negara dan bangsa kita masih lagi dijajah secara mental dan rohaniah. Kita masih belum bebas daripada berfikir mengikut acuan penjajah yang dahulunya begitu keras cuba membasmi budaya tradisi masyarakat kita.

Jadi, apakah bergambar separuh bogel itu benar-benar ‘hak asasi’ atau cuma menekan lagi untuk keluar daripada norma budaya masyarakat Malaysia yang luhur?
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment