IKLAN

“Semua mayat itu dijumpai dalam keadaan bertindih di penjuru kiri dan kanan bilik asrama berkenaan,”


KUALA LUMPUR: Kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi dipercayai bermula dari bahagian pintu yang terletak di bahagian tengah asrama.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Abu Obaidah Mohamad, kejadian itu dipercayai bermula dari pintu asrama berdasarkan keadaan mayat mangsa yang dipercayai cuba mengelak daripada api.

Beliau berkata, ada kemungkinan punca kebakaran akibat lintar pintas kerana ada kotak suis elektrik di sebelah pintu berkenaan.

Selepas api berjaya dipadamkan, katanya, pemeriksaan di tingkat tiga bangunan mendapati 24 mayat rentung, dua daripadanya dewasa.

“Semua mayat itu dijumpai dalam keadaan bertindih di penjuru kiri dan kanan bilik asrama berkenaan,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Abu Obaidah berkata, bomba menerima panggilan pada jam 5.41 pagi dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.45 pagi.

Ketika bomba tiba di tempat kejadian, beliau berkata, api sedang marak dan anggota bomba menyelamatkan enam orang di bahagian tangga, tiga daripada mereka cedera parah dan tiga lagi kecederaan biasa.

“Hanya ada satu sahaja pintu keluar dan masuk ke bilik asrama berkenaan dan mengikut spesifikasi halangan kebakaran JBPM, perlu lebih ada banyak pintu untuk bangunan seperti ini.

“Kami akan periksa semula pelan kelulusan bangunan terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu ialah kebakaran terburuk di Kuala Lumpur.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment