IKLAN

Para Ibu Boleh Meniru Gaya Keibubapaan dari Denmark Ini!


Anda pernah mendengar tentang teknik mendidik anak-anak gaya ibu bapa dari Denmark? Teknik keibubapaan Denmark ini berjaya menghasilkan anak-anak yang gembira dan berdikari. Seorang ibu dari Amerika mencubanya selama seminggu dan tidak mahu berpatah balik kepada konsep keibubapaan yang biasa!

Dalam kaedah mendidik anak-anak, ada banyak cara yang kita boleh cuba. Sama ada kita ambil dari petua turun-temurun, mencuba saranan kajian, atau pun meniru gaya keibubapaan dari negara lain.

Ada seorang ibu dari Amerika, Mary Sauer, mencuba gaya ibu bapa dari Denmark selama seminggu. Ini perkongsiannya. Mungkin ia akan mendorong anda untuk turut mencuba gaya keibubapaan dari Denmark, atau turut dikenali sebagai The Danish Way of Parenting.

Gaya Mendidik Anak yang Konvensional

Selalunya, kita didedahkan dengan teknik keibubapaan yang aktif. Apabila anak kita bermain, kita akan membantu dalam menetapkan permainan atau turut bermain bersama dengan mereka.

Kita percaya yang dengan memberikan mereka senarai permainan atau aktiviti untuk dilakukan setiap hari, kita mendidik mereka untuk menjadi lebih berdisiplin dan dapat meluangkan masa secara berkualiti dan bermanfaat.

Tetapi, apabila seseorang ibu itu terlalu mengongkong aktiviti atau permainan harian anak-anak, ia akan memberi beberapa kesan negatif. Si ibu akan keletihan kerana terlalu penat mengawasi anaknya.

Emak yang terlalu mengawal anak juga akan keletihan di penghujung hari kerana terpaksa menyelesaikan kerja-kerja rumah (mengemas, memasak, membasuh baju, dan banyak lagi!) pada masa yang sama.

Apabila Si Ibu Anak Tiga, Mary, Meniru Teknik Keibubapaan dari Denmark

Menurut Mary Sauer, apabila dia mencuba teknik mendidik anak mengikut gaya ibu bapa dari Denmark, beliau perasan yang hari-harinya lebih teratur dan tenang.

Jika sebelum ini, dia akan terkejar-kejar di siang hari cuba untuk menyelesaikan tugasan rumah dan meluangkan masa dengan anak, kini tidak lagi.

Selama seminggu dia cuba mempraktikkan beberapa konsep keibubapaan dari Denmark.

1.     Konsep Bermain Secara Bebas

Kalau anda hendak tahu, ibu bapa dari negara Skandinavia ini sangat menekankan aspek kebebasan ketika bermain.

Ia bermakna, apabila mereka melepas anak mereka untuk bermain, mereka melepaskan sepenuhnya!

Si kecil mereka akan dibiarkan untuk bebas menetapkan permainan yang dia ingin lakukan pada hari itu dan dibiarkan untuk bermain mengikut kreativiti dirinya sendiri.

Ia berlainan dengan konsep biasa di mana ibu bapa menetapkan jadual bermain atau aktiviti anak-anak.

Contohnya, hari ini kita akan melukis selama 2 jam dan kita akan melukis gambar rumah atau laut. Ini krayon, jom melukis dan mewarna. Ini cara biasa.

Source: Romper.com


Mary ingin mencuba sesuatu yang lain. Jadi, apabila satu pagi, si anak meminta Mary untuk bermain dengannya, Mary bertegas yang anaknya perlu bermain sendiri.

“Saya keluarkan anak patung dan baju-bajunya. Saya berikan kepada mereka. Anak-anak saya kemudiannya bermain dengan patung tersebut secara bebas dalam bilik. Saya buat kerja rumah dan melangsaikan tugasan saya tanpa gangguan. Ia sangat menyeronokkan. Saya faham kenapa kebebasan dalam bermain adalah penting untuk ibu bapa Denmark.”

Malah, menurut Mary lagi, dengan mengizinkan anaknya bermain secara bebas, tanpa diberi arahan khusus bagaimana untuk bermain, ia menggalakkan mereka untuk menjadi kreatif.

Si anak tidak akan bergantung kepada si ibu untuk memberikan mereka aktiviti untuk dilakukan. Otak mereka akan aktif berfikir dan memupuk sikap berdikari!

2.    Konsep Hygge – Berhubung Dengan Anak Tanpa Gajet

Lagi satu konsep keibubapaan yang diamalkan oleh para ibu bapa dari Denmark adalah konsep Hygge. Ia adalah satu istilah yang membawa maksud “kebersamaan yang mesra dan intim.”

Pada mereka, selain daripada memberikan hak kebebasan kepada anak-anak untuk bermain, ibu bapa juga perlu berhubung dengan anak-anak. Pada mereka, kebebasan tidak bermaksud pengabaian.

Mereka selalu menekankan waktu ibu bapa untuk bersama-sama dengan anak – secara berkualiti, bebas dari gangguan gajet.

Jadi, Mary membuat keputusan untuk turut mencuba konsep Hygge ini dengan suami dan anak-anaknya.

Source: Romper.com
Pada waktu malam, dia akan bermain board games dan membaca buku bersama-sama. Tiada iPad atau tablet digunakan kerana ia khuatir akan mencuri masa dengan anak-anak.

Hasilnya?

Anak-anaknya gembira apabila dapat bermain dengan bebas di siang hari dan pada masa yang sama, berpuas hati apabila dapat meluangkan masa dengan ibunya selepas segala tugasan rumah siap (berjaya diselesaikan oleh Mary ketika anak bermain secara bersendirian!).

“Di penghujung hari, saya dapat rasakan yang semua orang gembira. Saya tidak perlu menjalani hari saya sebagai seorang direktor (yang perlu menetapkan segala benda untuk anak-anak). Ia rasa sangat menyeronokkan apabila dapat meluangkan masa bersama, dan saya sendiri tidak kepenatan kerana tidak perlu membuatkan mereka sentiasa terhibur. Mereka boleh bermain dan menghiburkan diri sendiri.”

sumber : theasianparent
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment