IKLAN

Nyaris maut terlalu ghairah bersetubuh selepas 6 bulan tidak jumpa suami!


SEORANG wanita di China nyaris maut selepas dikatakan terlalu ghairah melakukan hubungan seks dengan suaminya sehingga mengakibatkan kanser ovarinya pecah.

Wanita berusia 26 tahun yang hanya dikenali sebagai Xiao Qing dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perut selepas melakukan hubungan intim dengan suaminya yang berusia 28 tahun.

Pasangan suami isteri berkenaan dilaporkan sudah enam bulan tidak berjumpa kerana masing-masing bekerja di dua bandar yang berbeza, lapor Mail Online memetik Xiaoxiang Morning Post.

Pada 19 Ogos lalu, mereka akhirnya dapat bertemu selepas wanita itu pergi ke tempat tinggal suaminya di Changsa, wilayah Hunan.

Walau bagaimanapun, pertemuan romantis pasangan suami isteri itu bertukar tragis apabila Xiao Qing mengalami kesakitan yang teruk selepas melakukan hubungan seks.

Akibat daripada persetubuhan ghairah itu, Xiao Qing kehilangan hampir 40 peratus daripada jumlah darah namun mujurlah dia terselamat, lapor portal tersebut.

Xiao Qing dibawa ke bilik kecemasan Hospital Rakyat wilayah Hunan.

Seorang doktor, Dr Huang Mei memberitahu wartawan bahawa Xiao Qing tidak hamil tetapi hasil imbasan CT mendapati terdapat sejumlah darah dan cecair di bahagian perut dan pelvis wanita itu.

Doktor itu segera melakukan laparoskopi diagnostik ke atas Xiao Qing dan hasil ujian mengesahkan dia mengalami hemoperitoneum, iaitu kehadiran darah dalam rongga peritoneum.

“Terdapat kira-kira 1,500ml darah di dalam perutnya hilang, iaitu kira-kira 40 peratus daripada jumlah darah dalam badan dia. Jika dia lambat dihantar, kemungkinan boleh mengancam nyawa,” kata Dr Huang.

Xiao Qing juga disahkan mempunyai sista ovari dan telah pecah di bahagian kanan ovari.

Dia kemudian melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sista pada ovarinya.

Dr Huang menjelaskan terdapat dua kemungkinan yang boleh menyebabkan sista ovari pecah iaitu kerana tekanan darah tinggi semasa kitaran haid ketika wanita mencapai akil baligh dan aktiviti seksual yang agresif.

Difahamkan, Xiao Qing sudah pulih daripada pembedahan

sumber : malaysiandigest
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment