IKLAN

Lelaki Psycho!


First of all, benda ni baru jadi dalam minggu ni. Baru sangat. Mula² ingat main² je. Tapi lepas khabar angin mula sepah, satu kolej gempar.

Psycho. Dia ni perempuan. Bertudung labuh, hitam manis, cantik orangnya. Setiap hari pukul 12 malam,dia akan ada dekat dobi bertemankan plastik hitam yg berisi pisau dekat tangan.

Motif dia pergi sana? Ajak someone untuk teman dia bunuh orang. Tak kelakarkan kalau kena diri sendiri. Setiap malam juga dia akan ketuk setiap pintu lepastu lari setiap blok.

Ada orng pernah dengar and nampak dia kekadang berdiri sensorang depan bilik, tapi tak masuk. Suasana depan bilik dia selalu gelap, sunyi dan sepi. Selalu jugak dia meroyan dalam bilik air. Tendang pintu and ketuk kepala kat dinding.

Tak ramai nak kawan dengan dia. Rumet dia pun taknak sbilik dengan dia. End up, student lapor kes ni ke hep dan felo. 2 hri berlalu, felo dan hep pun mulakan tugas diorang sbb kes dh berat. Sbb dia ni dh mula ke blok perempuan yg lain (kolej aku ada 2 blok perempuan B & C and dia ni duk blok B) mula tu dia pusing blok B je, then dia masuk blok C. Blok yg aku duduk. Kes jdi berat bila ada sorng yg tersermpak dia meroyan then terpaksa bawa berubat ke perlis dan dh 2 orng demam sbbkan dia.

Felo pun mula naik blokB untuk cri dia ni. Mula dgr dia ni duk tngkat 3 bilik 42. Yg kelakarnya, no bilik ni tak wujud pun dlm mana2 wing. Then ada cakap dia ni duk tingkat 2. No bilik? Rahsia la. Felo pegi cari dia, tapi …

Takda. Lepastu gempar. Dengar dia menjerit. Lari. Felo kejar kot weh. Sbb apa? Dekat tangan dia ada pisau and dia lari sambil senyum. SENYUM. Dia lari pusing satu kolej kot. Laju gila. Memang gila felo nak kejar dia. Smpai pukul 12 malam tak dpt nak kejar. Dah kena kepung dengan student laki pun tk dpt nak atasi kelajuan dia.
Mana taknya, kejap ada kat blok B, kejao lari blok A (asrama lelaki), kejap lari blok C. Tahu² dh ada kat dataran.

Malam terakhir sebelum cuti mid sem. Semua orang sengkang mata berjaga². Memang takut. Berkunci dalam bilik. Risau kalau terserempak. Keep update the story dalam gp ws. Dengar dia lari berdentum pun dah rasa nak nangis. Hingaq jugak malam tu.

Then lepas pukul 1 pagi, keadaan makin redha. Sepi. Tapi, jumpa atau tidak. Tak dpat diketahui. Senyap. Takdak siapa tahu. Kelam kabut jugak la.

Keesokkan harinya dapat tahu. Dia ni, bukan orang. Yes. Dia ni menyerupai manusia. Berlegar2 dalam kolej. Muka dia, ada orng kata iras² senior lepas. Nama dia takda dalam senarai pelajar bila hep check. And dia ni takdak rumet pun. And, tak da bilik. Tapi siapa yang felo kejar malam tu? Still jadi tanda tanya. Tapi jeritan dia memang meremang bulu roma and takleh bawa bincang.

Just nak pesan, hati2 dengan mereka yg psycho ni. Kita tak dpt nak baca diorang. Kekadang diorang okey, okey. Kekadang, boleh melebihi batas. Jumpa orang psycho, mohon jangan tengking atau berkasar. Gunakan nada yang sopan dan perlahan. Sbb diorang ni cepat emosi atau mungkin cepat terusik. Jiwa diorang mudah terganggu and diorang ni just main dengan diorang punya imaginasi. Apa yg diorang nampak, dgn siapa diorang cakap, itu smua imaginasi dri dlm diri diorang je.

– Wien

sumber : iiumc
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment