Kecewa Ditinggal Kekasih, Lelaki Nekad Bunuh Diri! - maitengoklah!

IKLAN

Kecewa Ditinggal Kekasih, Lelaki Nekad Bunuh Diri!


Kes bunuh diri saban tahun meningkat di seluruh dunia termasuklah negara kita.

Apa yang lebih membimbangkan, golongan yang ramai membunuh diri kebanyakannya terdiri daripada golongan muda yang dikatakan mengalami tekanan daripada keluarga dan juga masalah lain.

Memetik laporan kakishare, baru-baru ini bertempat di Felda Bukit Kuantan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Amirul Ismad dilaporkan menggantung diri di dalam bilik selepas meninggalkan satu nota.

Mangsa yang berusia 22 tahun itu dipercayai membunuh diri selepas kecewa kehilangan insan yang dicintai dan telah memuat naik beberapa status di laman sosial yang agak menyedihkan.

Difahamkan, terdapat seorang netizen mendedahkan bahawa dia pernah bercakap dengan lelaki tersebut kerana bimbang akan keselamatan diri Amirul selepas membaca status berkenaan namun Amirul tetap nekad untuk membunuh diri.

Namun yang lebih menyedihkan apabila ada segelintir netizen menyalahkan ahli keluarga mangsa akibat tekanan yang dihadapinya.

Kakak mangsa memohon agar netizen berhenti memberi komen negatif sebagai menghormati adiknya yang telah pergi.

Apa yang berlaku ke atas Amirul mungkin agak tragis kerana berulang kali dia meluahkan perasaan untuk membunuh diri namun tiada siapa yang ambil peduli sehinggalah Amirul benar-benar melakukannya.

sumber : CARI
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment