Kecewa Dengan Teman Lelaki Pengecut, Wanita Ini Buat ‘Ritual Hantar Hantu Pulang’ - maitengoklah!

IKLAN

Kecewa Dengan Teman Lelaki Pengecut, Wanita Ini Buat ‘Ritual Hantar Hantu Pulang’


Tiada sesiapa pun di dalam dunia ini yang boleh menguruskan perasan kecawa akibat putus cinta dalam keadaan yang rasional dan tenang.  Kebanyakan orang lebih memilih untuk mengendalikan rasa kecewa mereka itu dengan cara menangis sepanjang hari, makan tanpa henti atau berkurung di dalam bilik.

Tetapi bagi individu yang berpisah atau ditinggalkan atas satu alasan yang tidak masuk akal, rasa kecewa bercampur marah yang ada itu pasti akan membuatkan anda ingin melakukan perbuatan yang tidak masuk akal.

Seperti wanita bernama Vicki ini, dia telah ditinggalkan teman lelakinya dengan cara seorang penakut iaitu dengan menyekat Vicki dari semua media sosialnya.  Perbuatan tidak matang teman lelakinya itu telah membuatkan Vicki mahu melakukan satu ritual mengerikan khas untuk bekas teman lelakinya itu.

Vicki malah telah memuat naik gambar ritual itu ke dalam Facebook bersama caption,

“Teman lelaki yang paling disayangi, awak apa khabar? Saya harap dapat berjumpa dengan awak lagi. Sejak awak pergi ke luar negara untuk bekerja awal tahun ini, saya tidak pernah lagi berjumpa dengan awak.

Pada awalnya, kita masih berhubung melalui mesej dan ‘video call’, tetapi kemudian saya dapati yang awak telah menyekat saya di Facebook, Instagram dan WeChat awak. Saya telefon kawan awak, mereka juga tidak dapat mencari awak. Malah mereka juga bagitahu saya supaya tidak menunggu awak lagi.”

Melihat dari tindakan teman lelaki dan reaksi kawan-kawannya, Vicki menganggap yang teman lelakinya telah memutuskan hubungan mereka dengan cara membuang Vicki sepenuhnya dari hidupnya. Vicki kemudan dengan sinisnya mengatakan,

“Saya rasa anda mesti telah berhadapan dengan bencana ketika di luar negara, kalau tidak, awak pasti sudah membalas mesej dan penggilan saya. Ia seperti awak telah hilang daripada dunia!

Beberapa hari lepas, saya lihat orang lakukan ritual berhampiran rumah saya. Sebagai teman wanita awak, ini adalah perkara terakhir yang saya boleh lakukan kepada anda, iaitu menghantar awak pergi.”

Vicki mengakhiri post itu dengan mengucapkan selamat berjaya kepada teman lelakinya untuk kelahirannya semula nanti.

Cara unik Vicki membalas dendam kepada teman lelakinya itu telah mendapat perhatian netizen. Ada yang memihak kepada Vicki dengan mengatakan yang teman lelakinya itu adalah seorang pengecut.

Lelaki itu sepatutnya ada sedikit keberanian untuk membuat itu secara peribadi, bukan mengabaikannya sepenuhnya tanpa sebarang penjelasan.

Manakala, ada juga yang menganggap tindakan Vicki itu telah keterlaluan.

Jika ada sesuatu yang betul-betul berlaku kepada dia, apa yang awak mahu bagitahu keluarganya? Apakah awak lupa yang bulan ini adalah bulan hantu lapar?

Namun, Vicki kemudian menjelaskan yang dia hanya bergurau dan tidak bermaksud untuk membuat ritual itu.


sumber : worldofbuzz
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment