IKLAN

Kaki Skodeng "Skodeng" Sampai Maut!!


Seorang lelaki menerima padah apabila terjatuh ketika sedang asyik mengintai isteri kepada jirannya yang sedang mandi.

Lelaki yang dikenali sebagai Ajun tersebut hanya berseluar dalam ketika ditemui oleh suami kepada wanita tersebut. Akibat ketakutan selepas ‘kantoi’ tindakan jijiknya itu, Ajun hilang kawalan dan terjatuh sehingga tidak sedarkan diri. Malangnya, Ajun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Memetik laporan Detik News, isteri jiran yang dikenali sebagai Dahlia dikatakan sedang mandi apabila dia ternampak sepasang mata sedang mengintai di celah tingkap bilik mandi rumahnya.

Dahlia terkejut dan terus memanggil suaminya. Jeritan isteri jiran suspek membuatkan isteri suspek turut sama keluar dan bergegas ke bahagian belakang rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Isteri suspek menjumpai suaminya yang berumur 46 tahun itu dalam keadaan tidak sedarkan diri. Selepas dibedah siasat, Ajun disahkan mati mengejut akibat sakit jantung.

Hasil siasatan polis juga mendapati Ajun sudah banyak kali melakukan kegiatan mengintai di kawasan tersebut.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment