IKLAN

iPhone 7 ‘Second Hand’ Mencecah RM 174,192.22


Baru-baru ini sebuah telefon pintar berjenama iPhone ‘second hand’ atau yang sudah digunakan telah dijual dengan harga yang tidak masuk akal iaitu 270, 550 yuan (RM174, 192.22) secara atas talian di China.

iPhone 7 jenis rose gold  dengan 128 gigabait memori simpanan itu merupakan hasil rampasan dan telah dimasukkan ke atas talian untuk dilelong oleh mahkamah di Nanjing dengan harga permulaan sebanyak 100 yuan (RM 64. 38).

Selepas 10 minit, harga bidaan telefon itu telah meningkat melebihi 10 ribu yuan. Pihak berkuasa kemudian menjelaskan yang beberapa netizen telah menghantar beratus-ratus bidaan palsu untuk menaikkan harga telefon pintar itu. Selepas lebih daripada 700 bidaan, harga terakhir iPhone itu telah menjadi 270, 550 yuan (RM174, 192.22).

Namun, lelaki yang membuat bidaan terakhir dengan pantasnya mengatakan yang dia tidak akan membayar harga yang sebegitu banyak untuk iPhone 7 yang telah digunakan. Lelaki itu juga mengatakan yang dia fikir yang dia telah membida dua ribu yuan sahaja dan rekod juga menunjukkan yang lelaki itu telah membida sebanyak dua kali.

Akhirnya, lelaki yang bernama Chen itu tidak perlu membayar harga tidak masuk akal untuk sebuah iPhone ‘second hand’, tetapi dia telah dipanggil oleh mahkamah dan didenda sebanyak 10 ribu yuan (RM6, 428) atas kesalahan membuat bidaan terakhir palsu.

Chen ternyata lebih terselamat jika dibandingkan dengan pembida bernama Liu yang telah didenda sebanyak 20 ribu yuan (RM 12,876) selepas dis mengaku membuat bidaan palsu dengan niat berseronok tanpa ingin membeli iPhone itu.

Menurut rekod, Liu telah membuat 124 bidaan, dan itu termasuk empat bidaan yang telah menaikkan harga iPhone itu menjadi lebih daripada  seribu yuan. Namun, pemilik akhir iPhone itu masih tidak diketahui 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment