IKLAN

Hanya Di Malaysia, Kondom Berperisa Nasi Lemak Yang Berbau Santan Akan Dipasarkan Pada Bulan November


Karex Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kondom yang paling terbesar di dunia dan kini mereka telah membuat percubaan yang berani apabila turut menghasilkan kondom dengan berbagai perisa untuk dipasarkan.

Pada tahun lalu, mereka juga dikatakan telah mencipta satu kontroversi apabila memperkenal kondom yang berperisa durian. Tetapi, baru-baru ini mereka juga telah membuat satu pengumuman bahawa mereka akan membuat satu pelancaran produk terbaru mereka yang dikhabarkan lebih unik dan lain dari yang lain.


Menurut laporan News Strait Times, syarikat besar tersebut akan memasarkan sejenis kondom yang berperisa nasi lemak dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Syarikat kondom tersebut yang berpengkalan di Pelabuhan Klang itu dijangkakan akan memasar produk terbaru mereka itu pada bulan November atau Disember nanti.


Menurut Ketua Eksekutif Karex Berhad, Goh Miah Kiat, pengenalan kepada kondom yang berperisa nasi lemak tersebut bukanlah hanya satu gimik tetapi sebaliknya ianya akan membantu kempen pencegahan kehamilan di Malaysia, katanya.

Pada pendapat saya, ianya berkait dengan kesihatan awam dan saya ingin menyampaikan mesej ini kepada semua orang, jelasnya lagi.


Kondom nasi lemak itu juga bukan dipasarkan di Malaysia sahaja tetapi ianya turut akan diimport ke luar negara. Syarikat Karex Berhad dikatakan telah menghabiskan masa selama 6 bulan bagi membuat kajian terperinci terhadap produk terbaru mereka itu sebelum membuat keputusan dengan perisa tersebut yang dipilih.

Produk tersebut dikatakan beredisi terhad dan ianya dipercayai berbau seakan-akan santan dan pelincir hangat, katanya.


Rata-rata netizen yang mengikuti tentang perkhabaran ini di media sosial telah menyatakan pendapat mereka bahawa mereka seolah-olah tidak percaya apabila kondom juga mempunyai perisa nasi lemak dan ada yang berpendapat bahawa tidak lama lagi berbagai jenis kondom yang berperisa makanan akan diperkenalkan.


Syarikat Karex dilaporkan telah menghasilkan 5 biion kondom pada setiap tahun yang dihasilkan melalui 4 kilangnya.

sumber : mediamaklumat
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment