IKLAN

Fathia Latiff Persoalkan Gambar Tun M Tiada di Galeri Petronas


Anda mesti ingat lagi, sebelum ini pelakon popular Fathia Latiff mengadakan sesi temubual bersama Tun M yang berlangsung selama 45 minit membincangkan isu-isu negara menerusi media sosial.

Graduan jurusan undang-undang ini telah mendapat kririkan orang ramai selepas dia mencelah percakapan Tun M dan bertanyakan maksud whistleblower yang tidak difahaminya. Pun begitu, ramai juga mempertahankan pelakon itu kerana usaha beraninya mencuba yang terbaik.

Fathia Jadi Perhatian Semula
Terbaru, sekali lagi Fathia mencetuskan kontroversi selepas dia memuatnaik gambar bersama Tun M di Instagram dengan menulis kapsyen meluahkan rasa kecewa selepas berkunjung ke Galeri Petronas yang terletak di bangunan berkembar KLCC.

Fatiya merasakan pemimpin negara yang dihormati seperti Tun M seolah-olah tidak dihargai dengan hilang gambarnya di Galeri tersebut.


Sedih bila seorang tokoh yang kami sayang, yang pernah jaga negara, tak dihargai. Seorang pahlawan moden yang pernah mengharumkan nama negara satu ketika dahulu dengan pembinaan Petronas Tower, namun dalam galeri petronas, tidak ada gambar beliau. Adakah gambar beliau diturunkan?

Walaubagaimanapun, gambar di Instagram tersebut telah dipadamkan serta merta oleh Fatiya sendiri kerana mungkin isu sebegini agak sensitif untuk diluahkan kepada umum. Rata-rata netizen sempat meninggalkan komen meluahkan rasa bimbang dengan tindakan artis bersuara lantang ini.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment