IKLAN

Datuk Seri Vida Keluarkan Beg Tangan Jenama LV


SELEPAS pembikinan buku motivasi berjudul I Am Me Rahsia Niaga DS Vida, pemilik Vida Beauty ini bakal bekerjasama dengan jenama beg tangan terkemuka antarabangsa, Louis Vuitton (LV) pula.

Kali ini, Datuk Seri Vida akan berkolaborasi dengan LV dari Perancis dalam penghasilan beg tangan jenamanya sendiri iaitu DSV-LV.

Khabarnya, beg tangan tersebut bakal berada di pasaran Asia Tenggara mulai tahun hadapan. Katanya lagi, rekaan beg-beg itu juga akan dibuat mengikut tempahan pelanggan.

Umum mengetahui jutawan kosmetik ini memang menggemari beg tangan LV sehinggakan kini dia sudah mempunyai lebih 100 tas tangan jenama itu yang ditempah rekaannya.

“Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuk-nunjuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya.

“Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan LV,” katanya dipetik laporan BERNAMA.

Keunikan serta nilai jualan semula yang tinggi antara sebab kenapa Vida memilih beg-beg yang ditempah khas dan limited edition.

Bukan itu saja, beg-beg yang bakal dipasarkan juga mempunyai ciri-ciri yang digemarinya seperti sling bag dan dipenuhi dengan kilauan.

“Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara. Beg itu mesti ada ‘bling’ dan bersilang,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Vida kini giat mempromosikan bukunya dan berada di Indonesia untuk pelancaran buku barunya itu.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment