IKLAN

"Dari Sekolah Lagi Berminat Nak Poligami" - Dato Red


SUAMI Adira, Datuk Red nampaknya semakin berani. Dia dilaporkan mengakui telah menanam impian untuk berpoligami sejak zaman bangku sekolah lagi.

Datuk Red malahan membuat pengakuan berani mati itu dalam satu temubual bersama-sama dengan sebuah media tempatan.

Suami kepada bekas pelajar Akademi Fantasia 7, Adira Suhaimi telah berkongsi beberapa perkara menarik tentang dirinya.

Selain itu, dia turut menjawab persoalan berkaitan kontroversi yang hangat melanda diri baru-baru ini.

Masih hangat diperkatakan nampaknya gosip mengaitkan dirinya dan pelakon, Nonny yang dikatakan mempunyai hubungan ‘istimewa’.

Pasti ramai tidak pernah terfikir kan sebenarnya Datuk Red telah memasang niat untuk berpoligami sejak di sekolah lagi.

“Daripada keciklah, cikgu di sekolah pun ada tanya saya – cita-cita nak jadi apa kan? Diorang semua cerita nak jadi doktor, pilot, bomba apa semua – tapi saya nak kahwin dua."

“Saya ni lain. Cita-cita saya nak kahwin dua. Semua gelakkan saya. Saya memang sukakan cabaran sebenarnya. Selain bisnes, kita ada rumahtangga ni pun kita suka cabaran."

“Kadang-kadang kalau rumahtangga tiada cabaran, tiada apa-apa, macam biasa je, kadang-kadang bosan juga,” katanya dilaporkan mStar Online.

Tambah Datuk Red lagi, yang namanya rumah tangga itu pasti ada merajuk, manja dan pujuk. Perkara seperti itulah yang membuatkan sesebuah hubungan itu seronok.

“Dia (rumahtangga) nak ada merajuk, manja, pujuk, itu yang seronoknya. Saya ni pencinta wanita, tapi bukan ‘buaya’. Alhamdulillah cita-cita saya dah tercapai,” ujarnya.

Walapun ‘cita-cita’ tersebut telah tercapai, namun dia mengakui tetap pasang niat untuk menambah seorang lagi isteri.

Hamboi Datuk, dah ada dua tu. Nak tambah lagi? Larat lagi ke tu?
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment