IKLAN

Belasungkawa Almarhum Sultan Abdul Halim


Sultan Kedah Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah mangkat hari ini pada jam 3.15 petang, Isnin, 11 September 2017 pada usia 89 tahun.

Almarhum pertama kali ditabalkan sebagai Agong pada usia 47 tahun dan sekali lagi pada tahun 2011 ketika berusia 83 tahun, dan merupakan satu-satunya sultan yang ditabalkan sebagai Agong sebanyak dua kali.

Sultan Abdul Halim menerima pendidikan awal di Titi Gajah Malay School di Alor Star,Kedah sebelum menyambung pengajian di Kolej Sultan Abdul Hamid.

Seorang pelajar yang pintar, baginda merupakan graduan dalam jurusan sains sosial dan pentadbiran awam daripada Wadham College, Universiti Oxford di United Kingdom.

Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Agong kelima buat pertama kali pada tahun 1970, semasa negara sedang beransur pulih daripada rusuhan perkauman iaitu Peristiwa 13 Mei,1969.

Baginda diputerakan pada 28 November, 1927 dan ditabalkan sebagai pemerintah negeri Kedah selepas kemangkatan almarhum ayahandanya, Sultan Badlishah, pada tahun 1959.

Baginda pernah berkahwin dengan Sultanah Bahiyah Tuanku Abdul Rahman, yang telah mangkat pada tahun 2003.

Almarhum kemudiannya berkahwin dengan seorang rakyat kebanyakan daripada Perak iaitu
Haminah Hamidun, yang telah dimahkotakan sebagai Sultanah pada tahun 2004.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah bin Md Hanipah dijangka bakal membuat pengumuman rasmi mengenai berita kemangkatan baginda sebentar lagi.

Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan satu-satunya sultan yang pernah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment