IKLAN

Ahmad Idham Terkantoi ‘Likes’ Video Lucah Di Twitter!


Nama pengarah Ahmad Idham baru-baru ini heboh diperkatakan netizen kerana filem Pencuri Hati Mr Cinderlla yang hanya mengutip RM20,000 sepanjang tayangan filem tersebut.

Ahmad Idham menyalahkan keadaan ekonomi yang tidak menentu penyebab kegagalan filem tersebut namun peminat hiburan dan netizen terutamanya terus menafikan perkara tersebut.

Malah netizen juga mengkritik poster filem tersebut yang buruk dan tidak sesuai untuk tahun 2017. Namun, belum reda isu berkenaan, nama Ahmad Idham sekali lagi menjadi panas di kalangan netizen terutama di Twitter apabila netizen mendakwa ‘kantoi’ menyukai akaun pelakon video lucah di Twitter.

Memetik dari laporan asal oleh portal hiburan hangat.com, netizen ‘mengecam’ tindakan Ahmad Idham tersebut.







Isu berkenaan menjadi bahan kecaman untuk netizen mengkritik pengarah tersebut. Malah sehingga kini pengarah tersebut telah ‘menyukai’ atau ‘like’ video pelakon tersebut dan masih boleh dilihat pada akaun twitter Ahmad Idham.


Namun, tiada penjelasan mengenai perkara tersebut oleh pengarah itu dan kemungkinan akaun tersebut telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment