IKLAN

Abby Abadi Kongsi Kisah Didatangi Gadis Misteri di Restoran


Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 40, kini sedang meniti kebahagian bersama suaminya Muhammad Faizal, 43. Kemesraan mereka berdua dapat disaksikan tatkala Abby memuatnaik gambar mereka berdua di Instagram.

Tak hanya berkongsi gambar keluarga, Abby juga sering berkongsi kisah kehidupan mahupun hal-hal keagamaan kepada peminatnya. Baru-baru ini Abby telah berkongsi kisah dia didatangi seorang gadis rupawan yang tidak dikenali ketika sedang menjamu selera di sebuah Restoran.

Rezeki Tak Diduga. Alhamdullillah. Rindu nak makan paru sambal dekat Dulang Cafe, ALLAH izinkan pagi ni. Tengah sedap-sedap makan, pekerja di cafe ini datang ambil kertas yang tulis jumlah yang perlu dibayar.

Kita tanya kenapa? Adik itu cakap ada orang nak bayarkan. Tiba-tiba berdebar-debar kita, tak tahu kenapa. Kita perhati je dekat kaunter bayaran tu. Ada seorang hamba yang masih muda, cantik lawa di situ.

Abby sendiri langsung tidak mengenali gadis itu, dan sempat bertanya mengapa gadis misteri itu mahu membayar bil makanannya.

Memang tak kenal langsung. Lepas buat bayaran, dia pusing terus terpandang kita. Kita tanya awak yang bayarkan untuk kita ye? Dia tak jawab soalan tu, tapi dia kata

“Saya minat sangat dekat kakak”, Aduh kita malu, terharu & tak tentu arah dibuatnya. Kita tiada buat apapun sekarang. Jual susu saja.

Namun, gadis rupawan ini telah memberi kad nama dan Abby berharap sangat satu hari nanti dapat bertemu semula untuk kenal lebih dekat.

Nak ajak ambil gambar pun malu. Nasib adik cantik ni tinggalkan kad nama. Jadi saya tahulah namanya ‘Nurul Hikmah’. Sedap nama, seindah orangnya. Terima Kasih sekalung budi tau dik. Salam perkenalan. Semoga terserempak lagi lepas ni sebab nak ambil gambar.

Abby turut menasihati peminatnya supaya mengamalkan perkara yang baik dan berdoa supaya gadia cantik ini dimurahkan rezeki dan selalu dalam lindungan Allah.

PS: Suka share sbb ‘belanja orang’ adalah antara perkara baik yg buleh di amalkan bersama. Makin murahlah rezeki adik cantik yg kaya ni hehe.. Fi Hifzillah dik. Semoga selalu dalam lindungan ALLAH. Sorry akak gelabah tadi.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment