IKLAN

7 fakta mengenai jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan


NAMA Khairul Hafiz Jantan sekali lagi disebut-sebut sebagai wira yang mengharumkan nama negara dalam edisi Sukan SEA ke-29.

Malah atlet berusia 19 tahun ini turut digelar manusia terpantas di Asia Tenggara selepas meraih pingat emas dalam acara 100 meter pada Selasa.

Ini tujuh fakta yang anda perlu tahu tentang atlet yang terkenal dengan jolokan "Speedy Jantan":

1. Lahir pada 22 Julai 1998, beliau merupakan anak jati Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka.

2. Anak kedua daripada tiga adik beradik

3. Berketinggian 173 sentimeter.

4. KL2017 merupakan penyertaan kali pertama Khairul Hafiz di Sukan SEA.

5. Kejayaan Khairul Hafiz di Sukan SEA tahun ini menamatkan penantian 14 tahun emas dalam acara 100 meter.

6. Khairul Hafiz juga merupakan pelari pecut keempat negara yang berjaya menawan emas dalam acara 100 meter selepas Nazmizan Muhammad (Vietnam, 2003), Gunaratnam Rajalingam (Bangkok, 1967) dan M. Jegathesan (Kuala Lumpur, 1965).

7. Khairul Hafiz merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.18 saat di Sukan Malaysia (Sukma) ke-18, memecah rekod yang pernah dipegang Watson Nyambek (10.19s) yang dicatat pada 1998 iaitu tahun Khairul Hafiz dilahirkan.

sumber : astroawani
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment