IKLAN

5 Kes dibuang kerja kerana melakukan



Biasanya apabila seseorang itu membuat kebaikan, beliau akan dihargai dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, undang-undang ciptaan manusia ini tiada yang sempurna dan kadang-kala pelik.

Telah terjadi kejadian pelik dimana orang yang membuat kebaikan seperti membantu orang lain dihukum kerana pelbagai alasan yang pelik. Berikut merupakan beberapa contoh dimana orang yang membuat kebaikan telah dikenakan hukuman penjara atau disaman.

1. Pengawal Keselamat Pantai Dibuang Kerja Kerana Selamatkan Pelancong Daripada Lemas

mangsa lemas

Seorang pemuda bernama Tomas Lopez yang bertugas sebagai pengawal kselamatan pantai telah dibuang kerja kerana menyelamatkan seorang pelancong daripada lemas. Kejadian itu berlaku di Pantai Hallandale, Florida. Ketika itu, beliau ternampak seorang pelancong yang hampir lemas.

Sebagai pengawal keselamatan pantai, beliau bersama beberapa pelancong segera menyelamatkan pelancong berkenaan. Pelancong yang hampir lemas itu akhirnya berjaya diselamatkan.

Tomas melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan. Malangnya, beliau dipecat kerana menurut mereka mangsa berenang terlalu jauh melebihi had yang dibenarkan. Terdapat papan tanda khas yang mengatakan pelancong tidak dibenarkan berenang melebihi had yang dibenarkan dan sekiranya melanggar had tersebut, maka ianya atas risiko sendiri dan pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab.

Thomas dibuang kerana melanggar polisi syarikat yang tidak membenarkan beliau menyelamatkan orang diluar kawasan yang dibenarkan.

Kawan-kawan Thomas yang turut bekerja di syarikat tersebut membuat bantahan dan mengatakan mereka turut akan membuat perkara yang sama sekiranya melihat pelancong yang hampir lemas. Kesemua mereka dibuang kerja.

2. Dipenjara Kerana Beri Makan Kepada Gelandangan

aktiviti beri makan pada gelandangan

Seorang lelaki Arnold Abbott yang sudah berumur 90 tahun suka membuat aktiviti kemasyarakatan seperti memberi makan kepada golongan gelandangan. Ketika sedang mengedarkan makanan kepada gelandangan di sekitar Fort Lauderdale, pihak polis telah menahannya dan mengatakan beliau boleh dikenakan bayaran dengan dan dipenjarakan.

Kawasan Fort Lauderdale baru memperkenalkan undang-undang yang mengharamkan orang awam memberi makan kepada gelandangan dalam jarak 152m daripada kawasan perumahan. Untuk mengedarkan makanan tersebut, beliau telah mendirikan khemah sementara di kawasan tersebut. Akibat daripada laporan daripada penduduk setempat, beliau ditahan kerana melanggar undang-undang di Fort Lauderdale.

3. Dipenjara Kerana Menemui Dadah Dalam Rumah Sewa

dadah disorokkan

Seorang pemilik rumah bersama, Michael Keeley dan isterinya ditahan kerana mendedahkan dadah yang disorok dalam rumah mereka. Michael baru mengetahui bahawa penyewa rumahnya telah ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis meth. Setelah menghalau penyewa tersebut, beliau telah membersihkan rumahnya sebelum boleh diiklankan kepada penyewa baru.

Ketika sedang membuat pemeriksaan di rumah tersebut, beliau menjumpai 8 beg meth yang disorokkan dalam dinding rumah yang ditebuk. Beliau segera memaklumkan perkara itu kepada pihak polis. Malangnya beliau ditahan atas alasan yang tidak munasabah. Pihak polis mendakwa beliau sengaja mengada-adakan cerita dan mencipta bukti penemuan dadah itu.

Michael dan isterinya dipenjarakan. Setelah kes itu heboh di sosial media, pihak polis telah membuang hukuman tersebut. Malangya, mereka terpaksa juga membayar denda dan juga meringkuk dalam penjara selama 2 hari.

4. Disaman Kerana Menyelamatkan Mangsa Serangan Strok

operasi menyelamatkan

Seorang wanita tua, Beatrice Weisman telah dihantar ke Maryland General Hospital akibat serang strok yang teruk dan mengalami serangan jantung. Pihak hospital segera melakukan apa yang terdaya untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Malangnya mereka tidak mengetahui lebih awal bahawa suami wanita tersebut telah menandatangani satu surat yang menyatakan wanita tersebut mesti dibiarkan mati sekiranya jantungnya gagal berfungsi atau mengalami komplikasi.

Anak wanita tersebut telah menyaman pihak hospital sebanyak $250000 termasuk tambahan $180000 setiap tahun bersamaan kos rawatan yang perlu dibayar setiap tahun selagi mana wanita tersebut masih hidup.

5. Disamana Kerana Menajalankan Ujian HIV Tanpa Kebenaran

penyakit hiv

Seorang pesakit wanita telah datang ke hospital selepas mendakwa beliau mungkin kekurangan vitamin B12. Doktor yang bertugas ketika itu, Dr. Pavel menemui sesuatu yang mencurigakan, beliau dapati terdapat tanda-tanda wanita itu mempunyai penyakit HIV. Dr. Pavel memberitahu bahawa ujian lebih lanjut perlu dibuat malangnya wanita itu menolak cadangannya. Wanita itu mendakwa beliau sihat dan tiada kemungkinan menghidapi penyakit HIV.

Kerana ingin mengetahui penyakit sebenar wanita itu, doktor tersebut tetap menjalankan ujian HIV tanpa pengetahuannya. Ketika wanita itu datang semula untuk pemeriksaan lanjut, beliau telah dimaklumkan bahawa beliau positif HIV. Peguam wanita itu telah menyaman doktor tersebut kerana hasil keputusan ujian itu telah menyebabkan anak guamnya menjadi stress.

Kredit:
NBC Miami
International Business Times
AJC.com
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment