IKLAN

Wanita Gemuk Lebih Ceria Dan Bahagia Berbanding Wanita Kurus


Wanita yang berbadan gempal selalunya akan disisih kerana memiliki perwatakkan yang tidak menarik, hanya orang berfikiran cetek sahaja yang berfikiran begitu.

Ini kerana satu kajian mengatakan wanita yang memiliki badan gempal atau gemuk ini lebih bahagia berbanding wanita yang berbadan kurus.


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Littlewoods.com , terdapat lebih dari 2.000 orang wanita, sebanyak 74 peratus wanita berbadan gempal mengakui rasa bahagia dengan berat badan mereka.

Manakala hanya 47 peratus wanita langsing yang mengakui rasa bahagia dengan bentuk tubuh mereka. Sementara itu, sebanyak 52 peratus dari wanita kurus, menginginkan bentuk tubuh lebih berisi untuk nampak lebih seksi.

Selalunya wanita berbadan gemuk ini perangainya gila-gila dan sentiasa happy. Tidak kisah apa yang orang hendak kata, dia lakukan saja apa yang dia suka. Dan kerana itu, mereka lebih ceria dan tidak stress. Berbanding pula wanita yang sentiasa mahukan kesempurnaan tubuh badan, sehinggakan obses dengan kurus dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Jangan fikir wanita yang berbadan gempal semuanya mengalami obesiti. Ada juga yang memang keturunanya berbadan besar, tetapi bila buat ujian darah, semuanya normal dan sihat.


Jika anda berkata bahawa wanita yang berbadan kurus tidak mengalami kolestrol, anda salah sama sekali, ini kerana menurut kajian, seramai 30% orang berbadan kurus memiliki kolestrol yang tinggi. Jangan fikir orang berbadan gempal saja yang mengalami kolestrol ya.

Ubahlah persepsi anda sekarang, jangan mudah menghukum orang hanya kerana bentuk tubuh badannya, boleh jadi dia lebih sihat dan lebih menarik perhatian lelaki berbanding anda yang kurus itu.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment