IKLAN

Tular video seorang lelaki sedang beronani mengekori pelajar perempuan


Satu rakaman video yang kini sedang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang sedang beronani di sebuah lorong di kawasan perumahan berdekatan dengan sebuah sekolah.

Rakaman video yang dipercayai dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) itu dimuat naik oleh satu akaun laman sosial Facebook, Borneo.

Menurut laman Borneo, kejadian itu berlaku di kawasan perumahan Palm Villa berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Bintulu.

Melalui video tersebut dapat dilihat seorang lelaki berbaju merah memasuki sebuah lorong berhampiran jalan dan melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebelum seorang remaja perempuan murid sekolah berkenaan melalui kawasan itu.

Secara tiba-tiba lelaki yang sedang asyik dengan perbuatannya itu dilihat telah mengekori pelajar perempuan terbabit dan rakaman video tersebut terhenti setakat itu sahaja.



Tidak dapat dipastikan apakah yang berlaku kepada pelajar perempuan berkenaan selepas lelaki berbaju merah itu dilihat mengekorinya sebelum rakaman video tersebut terhenti.

sumber : Borneo
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment