IKLAN

Tiada Lagi Drama - Hafiz Hamidun / Joy Refva


PASANG surut rumah tangga, mula-mula bergaduh, lama-lama berbaiklah. Dengan ini, kita boleh tutup kisah rumah tangga Hafiz Hamidun dan pasangannya, Joy Refva atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin.

Macam yang semua dah tahu, bulan ni saja kita dah dilimpahkan dengan carita rumah tangga Hafiz dan Joy yang konon dikatakan telah goyah. Yang seorang cakap itu, yang seorang cakap ini. Tak tahu mana satu yang betul.

Sekarang, ada berita baik yang telah disampaikan secara tak langsung oleh kedua-dua pasangan ini. Pertelingkahan rumah tangga yang baru dibina itu pun sudah kembali jernih.

Joy telah pun memuat naik satu gambar di laman Instagram miliknya dengan memberikan kata-kata positif berserta hashtag yang membuatkan ramai netizen tumpang gembira, #HJ. Alhamdulillah, akhirnya habis juga cerita pergolakan rumah tangga kalian ini.



Posting itu juga turut tertera kata-kata positif di gambar tersebut. Difahamkan, sebelum mereka bergaduh baru-baru ni, masing-masing ada menggunakan hashtag #HJ yang mungkin bermaksud huruf pertama bagi nama mereka, iaitu Hafiz dan Joy.

Hafiz pun tak ketinggalan untuk meninggalkan komen emotikon ibu jari(thumbs up). Bukan sahaja Joy, tapi Hafiz juga ada memuat naik gambarnya bersama kapsyen yang positif juga tertera hashtag #HJ.


Semoga dengan posting daripada mereka berdua ini, cerita pergolakan yang lalu akan dilupakan. Mudah-mudahan selepas ini Hafiz dan Joy akan lebih matang dalam setiap tindakan.

Maklumlah, sekarang ni mereka berdua dah jadi perbualan hangat dibibir-bibir netizen yang kepoh. Kami pihak media cuma menyampaikan sahaja untuk dibaca oleh netizen.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment