IKLAN

Suami Konon Kata Pergi "Outstation" Rupanya Ada Hubungan Dengan Janda!



Ini akaun fake saya yang ketiga. Dua akaun fake saya sebelumini sudah pun kena padam dengan Facebook sebab mereka panggil geng untuk report.

Satu jalan saja yang saya tinggal untuk kongsikan masalah rumah tangga saya ini adalah dengan menyiarkannya di laman media sosial sebagai pengajaran dan peringatan kepada isteri-isteri di luar sana supaya jangan mudah percaya terhadap semua yang suami kata, terutamanya bila dia asyik kerja di luar atau tidak balik ke rumah.



Silap saya sebab tidak pernah periksa dengan tempat kerjanya sama ada betul atau tidak dia pergi outstation itu semua kerana sesetengahnya memang betul ada, jadi saya percaya semuanya.

Saya dan suami telah berkahwin selama lima tahun selepas berkenalan selama dua tahun. Kami dikurniakan seorang anak lelaki selepas setahun berkahin dan kini saya tengah mengandungkan anak yang kedua. InsyaAllah bulan depan saya akan bersalin.

Perempuan yabg berstatus janda anak satu berusia 40 tahun ini mula muncul sekitar bulan Disember 2016 ketika suami saya ditugaskan untuk bekerja di outlet Pavillion kerana outlet di KLCC sedang renovation.



Daripada kawan tegur-tegur sehinggalah melarat ke hubungan sulit sampai pernah bercuti bersama ke Thailand dan Singapura lagi. Lebih menyedihkan, wanita itu langsung tidak berasa malu menjalinkan hubungan haram di hadapan anak lelaki beliau.

Saya yang pada ketika itu masih berada di awal kehamilan mengalami alahan yang sangat teruk dan terpaksa dihantar pulang ke kampung. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, sikap suami menjadi semakin pelik dan sering memberikan alasan untuk outstation, busy dan balas Whatsapp pun lewat dan kadang-kadang langsung tidak balas.

Hati menjadi semakin gelisah, resah dan risau takut kalau apa-apa yang terjadi kepadanya. Saya tekad untuk pulang sendiri ke KL tanpa pengetahuan suami. Niat mahu surprise tadi memang betul. Saya yang mendapat surprise rupa-rupanya. Saya balik dan suami terkejut. Saya secara spontan bertanya adakah dia ada perempuan lain. Tidak tahu mengapa soalan yang terpacul keluar setelah melihat keadaanya sihat-sihat saja.



Alangkah runtuhnya hati ini bila si suami mengaku malah cakap akan berkahwin dengan janda tu selepas saya bersalin nanti. Pada ketika itu, saya berasa betul-betul sedih, kecewa. Saya merayu, melutut dan banyak kali cuba untuk membunuh diri tetapi suami tidak pernah peduli. Dia sentiasa dingin dengan saya seperati jijik dgn isteri sendiri.

Terima kasih kepada keluarga mertua dan ipar-ipar yang banyak memberikan sokongan moral dan bantuan bagi mengharungi dugaan ini. Hubugan suami dengan keluarganya yang dahulu sangat rapat dan akrab bertukar menjadi dingin. Seluruh keluarga menentang hubungan terlarang mereka. Saya berasa sangat sedih melihat perubahan suami yang rela untuk membuang kami anak beranak malahan keluarganya juga.

Saya tidak mahu bercakap panjang mengenai janda itu kerana banyak cerita sudah saya dengar mengenainya dan memang tiada satu pun yang baik. Berdasarkan daripada info daripada rakan-rakan sekerjanya, wanita itu sudah menjanda lebih kurang 7 tahun. Selama ini jugalah, dia telah mengganggu banyak rumah tangga orang lain.

Untuk pengetahuan semua, sebelum saya berkahwin, saya juga bekerja di Pavilion, jadi kenalan saya banyak juga yang mengenali janda ini kerana kita di retail line ini pusing-pusing jumpa muka itu juga.





Sejak berkahwin, suami beli motor besar dan sejak ini juga dia berubah seperti rasa sahamnya semakin tinggi. Ramai perempuan jatuh hati. Dulu masa awal-awal penglibatan dengan geng motor besar, mereka gemar pergi ride bila ada cuti. Walaupun saya surirumah (tidak dibenarkan bekerja) namun masa kami untuk bersama jalan-jalan sangat kurang kerana suami kalau cuti akan pergi ride.

Tetapi saya tidak kisah walaupun hidup berkurung hati tidaklah sesakit sekarang. Sejak ada skandal ini, dia sudah tidak pergi ride lagi. Kebanyakkan masa akan dihabiskan bersama dengan janda dan anak lelakinya itu, tetapi apa yang sedihnya bila anak sendiri dibiarkan tanpa belaian dan kasih sayang daripada seorang bapa. Anak dalam perut ini jangan ceritalah, tidak pernah diambil tahun. Semua surusan check-up saya pergi sendiri dengan Grabcar.

Kemuncak masalah apabila kami bertengkar kerana saya sangat geram diengan dia, 24/7 melekat dengan telefon dan ber-Whatsapp dengan janda itu even di rumah di hadapan kami.







Iya, dia pernah menangis teresak-esak cakap yang dia memang akan berkahwin dengan janda itu. kalau dulu, memang saya sujud merayu pada dia kerana memikirkan nasib anak-anak. Tetapi setelah dia naik tangan pada saya, saya berasa yang saya benar-benar tiada lagi tempat di hatinya. Segala usaha sudah saya buat namun perempuan mengandung memanglah emosi, jadi saya tidak stabil dan cepat berasa marah.

Keluarga mentua juga sudah tolang bawa berubat, tetapi entahlah, malas saya mahu cakap detail pasal hal ini sebab nanti orang tuduh saya menuduh orang. Jadi, biarlah kami sekeluarga saja yang tahu apa mistik yang berlaku. Kini suami masih lagi bekerja di butik KLCC, manakala si janda itu bekerja di butik The Gardens.

Oleh kerana jandia ini tinggal berdekatan dengan Hospital Ampang dan kami di Keramat, jarak yang dekat ini membuatkan mereka senang berjumpa sentiasa. Untuk pengetahuan semua, masa saya mula-mula balik ke KL, si janda pernah ke rumah saya dengan kakaknya untuk periksa betul ke saya sudah pulang dari kampung?

Mereka berlakon cari rumah orang yang buat kelas menjahit. Saya tahu mereka sebab suami yang cakap dia ada datang ke rumah cakap buat-buat cari rumah yang buat kelas menjahit dan perempuan itulah teman wanitanya dan yang gemuk itu adalah kakaknya.








Tujuan saya nak viralkan ini sebab saya mahu semua orang berhati-hati dengan janda ini sebab keluarga dia sentiasa menyokong tindakan dia. Dia ini sudah yatim piatu jadi kakak-kakaknya lah yang menjadi penasihat dan pendorong terhadap semua perbuatannya.

Apa yang saya khuatiri, janda ni hanya nak musnahkan kami sekeluarga saja tapi sebenarnya tidak berniat pun nak serius macam yang dia sudah buat sebelum-sebelum ini. Saya tidak tahu nak mengharap apa lagi. Saya kusut dan keliru dalam keadaan saya ini.

Walaupun sy kelihatan tenang tapi jauh disudut hati sy betul2 sedih. Terima kasih admin kerana sudi siarkan kisah sy ni. Dan terima kasih juga pada semua yg memberi semangat dan kecaman. Terima kasih juga kepada Ieka kerana dah porak perandakan kehidupan dan keluarga saya.

Sumber

p/s: Ni semua gambar2 mereka dan wassap mereka yg cari curi dr hp suami masa dia tgh tido. Atas admin la nak publishkan ke tak. Saya tak kisah dan hal ni pun dah dibincang dgn family mertua.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment