IKLAN

Sanggup Potong Kemaluan Anak Untuk Kembali Kepad Suami!


KEJAM! Ini sahaja perkataan yang terkeluar kepada wanita ini bagi menggambarkan tindakan tidak masuk akal terhadap anaknya itu.

Seorang wanita di timur China telah memotong kemaluan anak lelakinya, semata-mata kerana mahu kembali ke pangkuan keluarga suami.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di Chongren, dekat bandar Fuzhou, wilayah Jiangxi.

Mangsa yang dikenali sebagai Xiau Wen namun dipercayai telah melepasi tahap kritikal dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.


Menurut laporan sebuah media China, Xiau Wen dibawa ke hospital oleh datuk dan neneknya selepas kejadian dalam keadaan yang penuh berlumuran darah.

Setibanya di hospital, doktor segera menjalankan pembedahan penyambungan kemaluan.

Doktor berkata, mangsa mungkin akan mengalami kesukaran fungsi pada bahagian zakar.

Namun, dia dikatakan masih berpeluang mempunyai zuriat pada masa akan datang sekiranya bahagian tersebut sembuh sepenuhnya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment