IKLAN

"Orang Memerut Pon Nak Rakam" - Pelajar PHD Kantoi Rakam Dalam Tandas SEJENIS!


Selalunya kisah wanita dicabul oleh lelaki miang di tempat awam. Seperti yang berlaku pada wanita ini dimana seorang lelaki berpenampilan kemas ditangkap kerana sedang merakam bawah kain. Namun ini mungkin kisah yang amat merisaukan buat lelaki. 

Pada 4 Ogos lalu seorang pelajar PHD sebuah universiti tempatan selepas ditangkap ketika cuba merakam aksi kaum sejenis di dalam tandas. 

Menerusi satu status dari Mazrul Hisham dimana kejadian tersebut berlaku di depan matanya. Menurut Mazrul lagi, pelajar tersebut sedang merakam video di tandas lelaki di The Mines Shopping Mall Seri Kembangan. 

Ini perkongsian penuh dari Mazrul Hisham. Menurutnya lagi dia terdengar jeritan di dalam tandas lelaki selepas menunaikan solat Asar. Dia bergegas ke tandas tersebut dan mendapati seorang pekerja Celebrity Fitness dan sedang memegang seorang lelaki. 

Pada mulanya, individu lain yang menangkap pelajar lelaki tersebut kerana kasihan dengan pelajar tersebut tetapi apabila memeriksa telefon bimbit mereka terkejut melihat klip klip video yang dipenuhi dengan lelaki tengah melepaskan hajat dalam tandas.

Mereka terus membuat keputusan untuk menghubungi pihak polis. Bagi Mazrul dia turut berasa cemas dan bimbang jika dirinya turut dirakam oleh pelajar lelaki berkenaan. Dia memberi peringatan kepada kaum lelaki supaya turut berhati-hati terhadap golongan ini. 

Dia juga tidak mahu mengaibkan sesiapa supaya tindakan seperti ini diambil perhatian oleh pihak berkuasa kerana melibatkan maruah individu.


sumber : Mazrul Hisham
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment