IKLAN

Menguap Lama Adalah Petanda Anda Bijak !


Semua orang pasti pernah menguap, baik tua maupun muda. Namun pernahkah terlintas pada pikiran anda mengenai alasan manusia menguap? Sebagai orang awam, kita hanya tahu bahwa menguap merupakan tanda seseorang kurang tidur atau mengantuk. Atau bukan?

Sampai sekarang pun alasan kita menguap masih belum jelas. Banyak ahli yang masih memperdebatkan hingga melahirkan teori yang berbeza-beza berkaitan dengan alasan manusia menguap.

Cuba perhatikan cara anda menguap, berapa kerap anda menguap dalam satu masa dan berapa lama anda menguap.

Tahukah anda, tempoh menguap boleh mengukur berapa besar saiz otak seseorang.

Mereka yang miliki otak lebih besar akan menguap lebih lama

Menurut laporan healthmeup.com, sebuah kajian mendedahkan bahawa ada kaitan antara tempoh menguap dengan saiz otak seseorang. Para penyelidik mendapati, mamalia yang memiliki otak lebih besar, biasanya akan menguap lebih lama.

Para penyelidik melakukan kajian berdasarkan berat otak ke atas 29 mamalia dan perhatikan bagaimana mereka menguap.

Hasil dari kajian tersebut, manusia menguap selama 7 saat, sementara monyet menguap selama 5 saat dan tikus menguap selama setengah saat.


Menguap bukan tanda mengantuk, tapi beri oksigen pada tubuh

Ramai yang menyangka menguap merupakan tanda-tanda mengantuk. Tapi sebenarnya ia proses untuk memberikan lebih banyak oksigen ke alam badan.

Selain itu menguap adalah cara untuk menyejukkan otak kerana itulah otak yang bersaiz besar memerlukan tempoh menguap lebih lama.

Kajian juga mendedahkan, mereka yang memiliki otak bersaiz besar biasanya lebih bijak.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment