IKLAN

Lelaki Indonesia Ini Terkedu/Tak Jadi Nak Kutuk Malaysia Selepas Apa Yang Terjadi


RASA-RASANYA perlawanan bola sepak separuh akhir antara pasukan Malaysia dan Indonesia antara yang dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi selepas timbulnya isu bendera dicetak terbalik dan juga isu pemain sepak takraw wanita Indonesia keluar padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

Sudah pasti terbit juga kebimbangan kalau-kalau akan ada pergaduhan antara kedua-dua penyokong. Tetapi syukur, mujur tiada apa yang serius terjadi.

Baru-baru ini seorang pemuda Indonesia menerusi laman Facebooknya mengakui yang dia datang ke Malaysia untuk buat protes isu bendera negaranya yang dicetak terbalik. Dia juga mahu menuntut keadilan akan isu sepak takraw wanita Indonesia yang disalahkan empat kali ketika servis yang dilakukan.




Pemuda yang dikenali sebagai Andri Suwarno juga ada menyatakan hasratnya untuk membuat protes secara langsung di Stadium Shah Alam jika ada penyokong-penyokong Malaysia yang cuba merendahkann Indonesia semasa perlawanan separuh akhir itu berlangsung.



Andri yang juga menyertai puluhan ribu penonton yang membanjiri stadium semasa perlawanan separuh akhir mengakui menyamar menjadi penyokong Malaysia dengan memakai topi Harimau Malaya serta mafla Malaysia. Menurutnya, dia berbuat demikian kerana dia percaya untuk mendapatkan sesuatu informasi, dia perlu berada dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Namun, yang sebenarnya hidup matinya hanyalah untuk bendera merah putih itu.




Walau bagaimanapun, niat asalnya untuk membuat protes dibatalkan apabila menyedari penyokong-penyokong Malaysia tidak langsung merendah-rendahkan Indonesia.

Malah dia juga turut mengakui video penyokong Malaysia bertindak kasar yang tular di Indonesia sama sekali tidak benar dan turut menyeru supaya tidak ada pihak mengadu dombakan kedua-dua negara sehingga menjadi fitnah.

“Alhamdulillah selama perlawanan berlangsung tidak ada jeritan dan perbuatan yang racist. Jika nanti ada video yang berbentuk racist, saya akan pastikan ianya diedit. Penyokong Malaysia sangat berintelek dan berpendidikan,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, malah pemuda ini turut memuji penyokong Malaysia yang menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum perlawanan bermula. Dia juga tidak lupa mengingatkan penyokong Indonesia untuk selalu mendahulukan Allah dalam setiap keadaan.



Kini, posting berkenaan telah mendapat lebih 5,000 like dan juga hampir 1,500 perkongsian. Rata-ratanya memuji Andri dan mengharapkan hubungan antara dua negara jiran ini kekal baik.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment