IKLAN

(VIDEO) "Lagi Besar Lagi Murah" - Restoran Beri Diskaun Ikut Saiz Coli?


Pada 2015 lalu, China gempar apabila sebuah retoran di Jinan, ibu negeri wilayah Shandong di timur negara itu menawarkan diskaun berdasarkan saiz skirt pelanggan wanita.

Semakin pendek skirt yang dipakai, harga makanan jadi lebih murah dengan ukuran diambil terus di pintu masuk restoran itu malah jika 33 sentimeter di atas lutut, mereka mendapat 90 peratus diskaun untuk semua menu.

Promosi aneh itu menyebabkan ramai wanita khasnya gadis muda dengan skirt mini sanggup beratur panjang untuk makan di situ menunggu sabar ukuran skirt mereka diambil sendiri oleh pemilik premis tersebut, Eason Yang.

Itu cerita dulu dan kali ini sebuah restoran yang terletak di wilayah Zhejiang, pun mengikut jejak serupa dengan menawarkan promosi penuh kontroversi tetapi melibatkan saiz coli dipakai oleh pelanggan perempuan.

Media China melaporkan, semakin besar ukuran buah dada seseorang wanita itu, maka lebih banyak peluang diskaun yang akan diterimanya untuk promosi khas yang ditawarkan restoran tersebut sepanjang bulan ini.

Namun tindakan kreatif restoran ‘Trendy Shrimp’ itu turut mencetuskan kemarahan ramai terutama pelanggan lelaki kerana tawaran potongan harganya disifatkan sebagai provokatif, diskriminasi wanita dan berbaur lucah.


Restoran yang terletak di sebuah pusat beli-belah di bandar Hangzhou itu, sebenarnya meletakkan poster iklan potongan harga yang lain daripada lain di luar premisnya pada 31 Julai lalu, menurut Qianjiang Evening Post.

“Seluruh bandar sedang mencari buah dada,” menurut catatan pada iklan tersebut, yang memaparkan imej wanita dengan payudara berbeza saiz serta carta menunjukkan kadar potongan harga akan diberi berdasarkan saiz colinya.

Bagi wanita yang memakai pakaian dalam bersaiz A, mereka hanya diberi diskaun lima peratus, manakala jika buah dada besar sehingga memakai saiz G akan menerima potongan harga 65 peratus, lapor laman Huffington Post.

Poster tersebut bagaimanapun diturunkan beberapa hari setelah ia menerima kritikan daripada orang ramai, kata Pengurus Restoran, Lan Shenggang. Beliau dilaporkan tetap mempertahankan tawaran diskaun menarik itu.

“Sebaik sahaja promosi unik itu bermula, jumlah pelanggan kami melonjak sekitar 20 peratus,” katanya sambil mendakwa bahawa majoriti pelanggan termasuk lelaki memberi respons amat positif, menurut laporan stesen BBC.

“Sesetengah pelanggan wanita yang kami temui malah jujur berasa begitu bangga dengan saiz montok payudara mereka sendiri – tiada apa yang perlu mereka sembunyikan pun,” kata Lan.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment