IKLAN

Kisah Seram Dan Menyedihkan Di Sebalik Lagu “Sephia” Sheila On 7


Siapa yang tak kenal dengan band yang cukup legend dari Indonesia, iaitu Sheila On 7 kan. Hingga sekarang, lagu mereka sentiasa menjadi kegilaan orang ramai seperti Berhenti Berharap, Melompat Lebih tinggi dan banyak lagi, malah lagu-lagu hit ini masih lagi kedengaran di corong-corong radio. Antara banyak-banyak lagu yang dipopularkan oleh kumpulan ini, lagu Sephia paling kita ingat kan? Tahukah anda ada kisah disebalik pembikinan lagu Sephia ini? Sebenarnya, lagu Sephia dicipta selepas satu kejadian berlaku kepada salah seorang ahli dari kumpulan SO7 iaitu, Eross.  Malam kejadian dimana Eross terima satu panggilan daripada….


Menerusi laman twitter Helloluqman, kisah disebalik lagu Sephia sebenarnya bukan berkisar dari kekasih yang sudah lama pergi tetapi lagu Sephia dituju buat peminat setia SO7 yang meninggal dunia dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ingin menuju ke konsert SO7

Kejadian ini berlaku pada Eross yang menerima satu panggilan dari seorang yang tidak dikenali dan memperkenalkan dirinya sebagai Sephia. Eross kemudiannya bertanya dari mana Sephia dapat nombor telefon dan dari mana dia menelefon nombor tersebut. 


Sephia memaklumkan dia dapat nombor itu daripada salah seorang peminat SO7 dan menelefon Eross di telefon awam berhadapan rumah Eross. Untuk mendapatkan kepastian,Eross keluar dari rumah dan melihat ke arah telefon awam namun apa yang mengejutkan, tiada sesiapa pun di telefon awam tersebut dan yang paling seram ganggang telefon itu kelihatan terapung di udara. 

Eross kemudian ambil keputusan untuk sisat dengan lebih terperinci siapa sebenarnya Sephia dan akhirnya terjumpa segala maklumat dan tempat tinggal Sephia. 


Eross kemudian pergi ke alamat rumah yang dijumpai dan bertemu dengan dua pasangan suami isteri yang tinggal di rumah tersebut. Eross menceritakan segala pengalaman ganjil dan seram yang berlaku ke atasnya dan bertanya mengenai Sephia.

Selepas mendengar cerita Eross, pasangan itu menangis dan memberitahu Sephia sebenarnya merupakan peminat setia kumpula SO7 dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke konsert kumpulan tersebut. Kedua pasangan itu bawa Eross ke bilik Sephia yang dipenuhi poster kumpulan SO7.


Sebagai penghormatan kali terakhir, Eross mengunjungi kubur Sephia dan mendoakan agar rohnya tenang disana. Sejak dari tiu, Eross abadikan kisah Sephia ini menjadi satu lagu khas buat peminat setia kumpulan SO7 itu yang sudah meninggal dunia itu. 

sumber : sinar.fm
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment