IKLAN

(VIDEO) "Kau Memang Cemar Imej Artis Malaysia!!" - Zed Zaidi


Nampaknya selepas press conference petang tadi , kes panas Aliff Aziz masih menjadi bahan bualan ramai termasuklah dalam kalanga artis sendiri .

Akhirnya hari ini Aliff Aziz telah bersuara tentang kontroversi yang melanda dirinya.Memang banyak komen dan pandangan dari orang ramai tentang hal ini.

Kali ini presiden Seniman iaitu Zed Zaidi tampil memberi pandangannya tentang isu panas ini.Memang padu komen dari Zed Zaidi kali ini sampai beri warning kepada Aliff Aziz.

Ini komen dari Zed Zaidi: (Sumber: Rotikaya)

PANDANGAN SENIMAN

"Pertamanya dalam industri seni, kita bawa imej.

"Kedua ia melibatkan rumahtangga, jadi kita tak boleh nak kacau sangat, cuma saya boleh bagi pandangan dari sudut pandangan saya

PANDANGAN ZED ZAIDI

"Bagi saya, lu Aliff memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki kena hormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yang sentiasa dibelakang kita.

ALIFF CEMAR IMEJ ARTIS MALAYSIA

"Jujur bagi aku, Aliff dah cemarkan imej artis Malaysia walaupun kau bukan artis Malaysia. Kau kena respek artis Malaysia

"Bila kau (Aliff) buat macam ini, imej artis Malaysia tercalar sedangkan kau artis luar.

"Aku tak nak kacau rumah tangga kau, itu kau jawab dengan Tuhan 

KALAU LIBATKAN INDUSTRI, DAH PERGI IMEGRESEN

"Kalau libatkan industri, aku bukan habis kat balai polis, aku akan bawa kau ke Imegresen, sampai kau tak boleh masuk Malaysia lagi.

"Tapi aku teringat kata-kata isteri kau yang masih sayangkan kau, so aku respect

"Dari segi industri lu memang tak respek artis Malaysia.

"Inilah masalah artis luar. Ini perjuangan saya dari dulu lagi sampai sekarang. 

INI MASALAH ARTIS LUAR


"Sekarang rakyat Malaysia dah tahu, kenapa kita perlu kawal kemasukkan artis luar ke Malaysia disebabkan benda benda buruk

"Kalau kita nak bawa, biar bawa yang berkualiti dan membantu industri kita terutama dari sudut cukai, hiburan

TENTANG AFIFAH

"Dia macam nilah, benda itu berlaku bukan dalam penggambaran, ini diluar penggambaran bermakna ini hal personal

"Jadi saya tak kacau personal, masing masing pandailah jawab

NASIHAT KEPADA ARTIS MUDA

"Apa yang saya boleh nasihat kepada artis artis Malaysia dan juga artis luar, terutama artis artis muda, tolong jaga kelakuan, aatitude dan apa saja perangai anda supaya jangan mencemar lagi imej negatif artis Malaysia

"Salah satu tugas Seniman ialah menjaga imej artis Malaysia

SENIMAN ADA RANCANGAN BUAT KURSUS KHAS

"Seniman dan pihak Finas akan kerjasama untuk buat kursus khas menolong mereka sebelum masuk industri ini. 

"Ianya macam kahwin. Sebelum kahwin kena pergi kursus dulu.

"Dah ada sijil tu baru boleh layak masuk industri ini.

ALIFF AZIZ ADA APPLY SENIMAN?

"Tak pasti kena check dengan pejabat.

MEMANG SENIMAN TAK ADA TINDAKAN TERHADAP ALIFF?

"Ini hal personal kalau masuk campur kita pula tak gentleman.

"Tapi apa boleh saya bagitahu adalah pandangan saya sebagai Zed Zaidi yang mewakili rakyat Malaysia

"Rakyat Malaysia tak buat benda benda macam ni bro. Kau kena ingat ini Malaysia bukan negara kau

"kalau ada apa apa berlaku, memang gua kasi hentam sama lu la sebab ini negara aku tau

"Aku tahan sabar sebab aku masih respek kau lagi sebab isteri kau. Isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau

"Aku boleh macam macam dengan kau aku boleh buat complain dengan Imegeren sampai kau tak boleh masuk Malaysia.

"Jadi jaga perangai kau, kalau kali kedua kau buat kau jaga lah bro, gua cari lu sampai dapat!"

Sumber: Rotikaya
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment