IKLAN

Gadis Umur 20-an Rasa Dirinya Ada Bipolar Disorder, Ini Respon Doktor


Gadis berusia 20-an tersebut memasuki klinik saya. Kelihatannya sihat. Berpakaian agak hipster. Sesuai dengan kebanyakan fesyen remaja sekarang.
Ye cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” saya memulakan perbualan. Beliau masih terdiam. Tiada riak di wajahnya; tidak tersenyum, tidak pula menampakkan tanda-tanda kesakitan.
Em sebenarnya doktor, baru-baru ini saya ada terbaca mengenai Bipolar Disorder di internet. Saya rasa, saya ada simtom-simtom penyakit itu.”
Beliau memandang saya. Kali ini riak wajahnya berubah. Dalam kegusaran, ada pengharapan. Saya memikirkan apa respon yang sepatutnya saya berikan.
“Kenapa cik rasa macam tu? Apa simtom-simtom yang cik maksudkan?”
“Em… Sebab, ada waktu tu saya rasa saya macam loser sangat. Rasa macam down giler. Tak mahu keluar bilik, tak mahu makan, tak mahu buat apa-apa. Tapi sekejap sahaja. Kemudian saya akan okay balik,” ujar beliau.
“Ada certain times tu, sampai saya rasa macam useless je hidup. No point. Macam kewujudan saya ini, tiada guna. Saya hidup ke, mati ke, sama sahaja,” tambah beliau lagi.
Saya cuma mengangguk.
“Mesti ada trigger kan, perasaan cik macam tu? Atau tiba-tiba je perasaan tumelanda?”
“Tak tentu, doktor. Ada pernah jadi macam tu sebab gaduh dengan boyfriend. Ada yang sebab gaduh dengan mak,” beliau menjelaskan. Namun terasa nadanya bertukar terketar-ketar. Khuatir saya memperlekehkan jawapannya, agaknya.
“Saya pernah bagitau parents, pasal Bipolar Disorder ni. Tapi parents kata saya mengada-adakan cerita sahaja, saya memperbesar-besarkan masalah. Bila saya bagitau kat kakak, kakak saya ketawakan saya.”
Beliau menunduk. Kecewa, kerana beliau sudah cuba mendapatkan bantuan daripada individu terdekat yang beliau percaya. Namun ditolak bulat-bulat.
Saya kira, kedatangan beliau ke klinik petang ini, adalah antara ikhtiar terakhir beliau. Bukan mudah untuk membuka cerita, kepada seseorang stranger seperti saya. Namun beliau beranikan diri.
Saya menyambung sesi dengan beberapa soalan, dan seterusnya pemeriksaan asas seperti tekanan darah dan suhu badan. Saya mengambil sebuah borang dari laci. Borang tersebut adalah borang DASS.
“Cik, macam ini ya. Saya tidak boleh sahkan sama ada apa yang cik alami ini adalah Bipolar Disorder atau tidak. Ciri-ciri bipolar itu memang ada, namun diagnosis ini mesti dibuat setelah pemeriksaan teliti dijalankan.
Saya akan rujuk kes cik kepada pakar psikiatri. Cik jangan bimbang, kita akan bantu cik, saya sendiri akan pastikan cik dapat bantuan yang diperlukan.”
Gadis tersebut kelihatan agak tidak selesa.
“Saya malu nak cerita ke doktor berulang kali. Saya pernah tengok suasana di jabatan psikiatri. Kliniknya sesak, kalau saya pergi sana nanti orang pandang-pandang saya. Kesiannya muda-muda dah gila!”
Saya memahami kerisauan yang beliau ada. Namun memang itulah kekangan yang dihadapi di hospital besar. Pesakitnya ramai, dan tidak semua kes dapat dilihat oleh doktor yang sama.
Ini antara cabaran terbesar yang menghalang seseorang pesakit mendapatkan rundingan pakar dan bantuan bagi masalah mereka. Lebih-lebih lagi melibatkan kesihatan mental, yang mana penuh dengan stigma, hatta dari staf perubatan sendiri.
Saya membuka sebuah laman web, dan saya tunjukkan kepada beliau. Laman web tersebut adalah laman web Malaysian Psychiatrist Association, yang ada menyenaraikan beberapa doktor pakar psikiatri swasta yang ada.
Saya menulis beberapa maklumat doktor berdekatan di atas kertas yang saya kepilkan bersama surat rujukan dan borang saringan DASS.
“Cik boleh cuba dapatkan temujanji dengan pakar yang saya senaraikan ini. InshaAllah lebih cepat, tak perlu menunggu lama. Borang yang saya berikan ini, adalah borang saringan DASS. Ia boleh membantu pakar memahami masalah cik. Cik boleh isi bila-bila masa, dan bawa bersama borang ini ketika berjumpa pakar.”
Beliau mengangguk. Saya menulis juga sepotong nombor telefon di atas kertas tersebut.
“Cik, bila-bila cik dilanda perasaan tersebut dan cik rasa nak bercakap dengan seseorang, cik boleh telefon nombor ini. Ini nombor telefon Befrienders. Mereka adalah sukarelawan untuk membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kegelisahan, 24/7. Cik jangan risau, diorang takkan minta identiti cik, nama cik, siapa cik. Cik boleh cerita apa sahaja kat diorang.”
Beliau mengangguk lagi. Kali ini dengan genangan air mata.
“Tapi, kalau cik sendiri rasa tak boleh nak kawal diri, cik kena janji dengan saya yang cik akan terus ke mana-mana jabatan kecemasan. Maklumkan sahaja kepada doktor bertugas bahawa cik dalam keadaan tertekan dan perlukan pertolongan. InsyaAllah doktor akan cuba bantu cik.”
Beliau mengangguk, bersama untaian air mata. Gagal diempang. Saya berharap agar gadis ini mendapat bantuan yang diperlukannya. Doktor, staf perubatan, adakalanya menjadi orang terakhir pesakit mendapatkan bantuan.
Secara umumnya mereka yang mempunyai masalah seperti kemurungan atau tekanan, akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan sendirinya dahulu. Mereka akan menyalahkan diri sendiri, cuba figure out whats wrong with them. They will try to change whatever they can.
However, if they failed, they will turn to the closest person around them. It can be their family. Or close friends. Sometimes they wont be so frank. They will be subtle. They will tell you in a third person story.
However when it all failed, that’s when they don’t mind turning to a stranger. A doctor, for example. They could be brought to us in their worst state. A failed suicide attempt.
What happened when we failed to help them?
What happened, when we, the person who are supposed to help them, ridiculed them instead?.
Dr. Mohd Syamirulah Rahim
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
150817
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment