IKLAN

Fazura Memang Tidak Mahu ‘Move On’ Daripada Fattah


KECOH majlis dengan teriakan peminat apabila hero drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin memberi sejambak bunga ros kepada heroin Hero Seorang Cinderella, Nur Fazura.

Ceritanya timbul sewaktu Kuala Lumpur Fashion Week yang telah pun berakhir beberapa hari lepas. Begitu banyak rekaan busana yang diperagakan sepanjang acara tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian umum adalah apabila hero itu dilihat naik ke pentas untuk menghadiahkan kuntuman ros kepada Fazura selepas wanita itu selesai mempersembahkan koleksi rekaan jenamanya, House of Dolls.

Pavilion dipenuhi teriakan ribuan penonton yang begitu teruja dengan aksi tersebut dan menyifatkan jejaka itu sebagai romantik.

“Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak ‘move on‘. Memang tak akan ‘move on‘…,” akui Fazura yang dipetik sebuah portal online.


Bagaimanapun, apa yang lagi menarik difahamkan bahawa jejaka ini meminta kebenaran ibu Fazura terlebih dahulu sebelum naik ke pentas tersebut.

Tindakannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana kebanyakan antara mereka menganggap Fattah adalah seorang yang sopan dan begitu menghormati orang tua.

Kuala Lumpur Fashion Week 2017 merupakan satu platform yang memberi laluan kepada para pereka fesyen di Malaysia untuk menonjolkan kreativiti dalam dunia fesyen.

Acara ini mendapat kerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan telah diadakan pada 16 hingga 20 Ogos lalu.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment