IKLAN

Digelar Kim Kardashian Malaysia, Inilah Gambar Terkini Amalina Bakri


Beberapa hari ini, nama Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Amalina Bakri kembali disebut oleh netizen

Manakan tidak, pelajar cemerlang SPM 2004 ini tular dengan gambar – gambar beliau terkini yang dikatakan menyerupai Kim Kardashian. Sebelum ini Amalina Bakri turut mengharumkan nama negara dengan beberapa kejayaan akademik beliau. Ayuh kita lihat 5 gambar terkini Amalina Bakri yang semakin cantik ini.

Penampilan itu bukan sahaja dilihat mendedahkan aurat malah dianggap seksi kerana tidak bersesuaian dengan asal usul jati dirinya.

Menurut laporan sebuah portal online, Amalina didakwa sudah menanggalkan tudungnya dan semakin bersosial.

Hmmm…perubahan itu bak kata orang ramai, mungkin dia cultural shock kerana perubahan yang begitu ketara mungkin.

Tinjauan menunjukkan ada netizen yang terkejut, ada yang menyokong dan tidak kurang yang mengutuk berikutan penampilan itu dianggap tidak sesuai dengan status dirinya sebagai gadis Muslim.



Antara pencapaian Amalina yang sememangnya cukup membanggakan adalah ijazah berkembar iaitu Ijazah University Edinburgh Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan).


Selain itu, dia juga merupakan pemegang Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik.

Terkini, Amalina difahamkan sedang menjalani latihan di surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik.

Gadis ini menyimpan hasrat untuk menjadi pakar bedah serta perunding kanser payudara dan onkoplastik pada masa akan datang!





Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment