IKLAN

Dato Seri Vida Kena Risik Jejaka Seiras David Beckham?


Mengemparkan mengenai hasrat seorang lelaki iaitu Abdullah Rani Kulup atau lebih dikenali sebagai ‘Ayahnda Rani Kulup Kipidap’ untuk memperisterikan Jutawan dan Pengasas Vida Beauty, iaitu Dato Seri Vida nampaknya tidaklah kesampaian kerana hati jutawan kosmetik itu berjaya dimiliki oleh seorang jejaka kacak dari Eropah hidungnya tinggi kulitnya cerah.

Rupanya jejaka yang berusia awal 30an ini sanggup datang dari jauh untuk berjumpa dengan DSV dan dikatakan turut merisik Dato Seri Vida.

‘Semuanya ada! kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan beliau juga seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia mempunyai wajah seiras David Beckham,”

Terdahulu, Dato Seri Vida yang kini popular dengan lagu ‘I Am Me’ itu menerima sekurang-kurangnya 50 resume daripada jejaka tempatan dan luar negara termasuk dari Finland dan Scotland yang berhajat untuk menjadikan beliau sebagai isteri.

Mengambil iktibar dari pengalaman perkahwinan beliau sebelum ini, Dato Seri Vida akui mereka masih lagi dalam proses perkenalan dan selesa berkawan terlebih dahulu.

“Biarlah rahsia. Nanti bila dah sedia, saya beritahulah sayang-sayang semua”

Jawab beliau ketika ditanya mengenai jejaka yang bertuah itu

Sumber MStar Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment