IKLAN

Aliff Syukri Berang, Design Tudung Kena Ciplak Di Vietnam!


SEKARANG ni ramai usahawan yang dah berjaya bila menjalankan perniagaan pakaian atau barangan Muslimah. Tak kira lah jual tudung ke, baju ke ataupun seluar… Apa sahaja, pasti akan dapat tarik minat ramai orang.

Tapi lain pula yang jadi pada usahawan kosmetik Terlajak Laris, Dato Aliff Syukri apabila rekaan tudungnya diciplak oleh individu yang tak bertanggungjawab di sebuah kedai tudung di Vietnam.



Semalam, Aliff ada memuat naik satu video ketika dia berada di satu gudang kain di Vietnam yang mana beliau mendapati salah satu design tudung yang diberi nama Koleksi Premium Satin Silk diciplak!



Dan yang lebih teruk lagi, apabila asalnya tudung itu sepatutnya menjadi design Aliff, tapi ianya telah ditukar jenama kepada Naelofar Hijab. Seolah-olah ianya merupakan keluaran oleh Neelofa dan bukannya Aliff Syukri.

Mana tak mengamuk Abang Terlajak Laris ni. Penat-penat beliau dan pereka tudung berhempas pulas idea untuk design tudung, senang- senang sahaja nak diciplak. Siapa yang tak marah kan.

Aliff juga mengatakan bahawa tudungnya dijual dengan harga RM99 tetapi ianya boleh didapati dengan cuma berharga RM30 di sana. Berapa dah dia rugi dekat situ.

Orang tu bukan main susah payah keluar modal beratus ribu. Dah la kena ciplak, ditukar nama designer pulak. Aduhh Dato… Satu-satu dugaan yang menimpanya sejak kebelakangan ni.



Di awal video itupun beliau dah nyatakan bahawa tujuan kunjungannya ke Vietnam bukan untuk urusan kerja atau bercuti, tapi ianya adalah semata-mata untuk buat siasatan tentang jenamanya yang diciplak. Patutlah steady je pakai ‘pagoda’ t-shirt putih.

Pada sekitar tahun 2015 yang lalu, Neelofa juga dikatakan telah mengambil tindakan terhadap sesetengah individu yang menyalah gunakan jenamanya dan menciplak serta menjual tudung keluaran Naelofar Hijab dengan harga yang lebih murah.

Memang lah kata orang, adat berniaga. Tapi perkara seperti ini memang tak patut berlaku. Setiap peniaga yang mengeluarkan jenama sendiri, mesti ada membuat pendaftaran perniagaan di bawah KPDNKK. Jadi mereka berhak untuk mengambil tindakan jika jenama mereka disalah gunakan.

Jadi untuk anda semua, kalau nak beli barang tu pastikan yang original. Kalau rasa tak mampu nak pakai yang ori, tak apa lah. Kita beli ikut keperluan, bukan ikut kemahuan.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment