IKLAN

12 tahun perkenalan, seorang mualaf nekad menikahi pasangan yang hidap kanser


12 tahun perkenalan membuatkan seorang mualaf nekad menikahi pasangannya yang menghidap kanser.

Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Alfian Rizal, 34 yang kini menderita kanser usus besar dan hati tahap yang keempat.

Menurut laporan Berita harian, majlis pernikahan berlangsung dengan suasana pilu kerana keadaan Alfian sendiri yang sudah tidak berupaya berjalan atau berdiri.

Walau bagaimanapun Andrea Adrianna berkata, dia ikhlas menerima takdir berjodohan dengan suaminya itu walaupun mengetahui risiko tentang penyakitnya.

“Kami sudah lama berkawan, iaitu sejak sama-sama menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Melaka. Selain sudah kenal hati budi masing-masing, dia tidak pernah memaksa saya memeluk Islam.

“Keikhlasan dirinya membuatkan saya tertarik sehinggalah membimbing saya mendapat hidayah memeluk Islam tahun lalu. Saya yakin dialah jodoh terbaik buat saya,” katanya sebak.

Sementara itu Alfian mengakui pengorbanan cinta isterinya adalah kekuatan dirinya untuk berjuang meneruskan kehidupan.

“Dalam keadaan diri saya diuji sebegini, Andrea tetap berada di samping saya waktu susah dan senang. Itulah yang membuatkan saya terharu kerana dia menerima saya seadanya.

“Alhamdulillah, doa saya untuk mengahwininya dimakbulkan Allah SWT. InsyaAllah kami berdua akan berlepas ke Guangzhou, China untuk menjalani rawatan kimoterapi. Diharapkan keadaan saya bertambah baik,” katanya.

Sumber – CARI
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment