IKLAN

Wanita dipukul dengan kayu hoki oleh keluarga mentua kerana melahirkan anak perempuan


  • Video menunjukkan seorang wanita india dipukul dengan kejam oleh keluarga mentuanya kerana telah melahirkan seorang anak perempuan.
  • Meena Kashyap dipukul dibahagian depan dan belakang dengan menggunakan kayu hoki.
  • Wanita itu tidak diterima oleh keluarga suaminya dan ada isu berkaitan dowri .
  • Wanita di India sering dipukul dan ada yang dibunuh sekiranya keluarga mereka enggan atau tidak mampu untuk membayar dowry yang diminta oleh keluarga pihak suami.

INDIA - Video menunjukkan kejadian yang menggerunkan dimana seorang wanita India telah dipukul dengan kejam oleh keluarga mentuanya kerana telah melahirkan anak perempuan dan kerana isu dowri, lapor Daily Mail.

Klip video tersebut diambil daripada atas tangga rumah, menunjukkan wanita berkenaan menjerit apabila beliau dipukul dengan kayu hoki dari bahagian depan dan belakang oleh dua (2) orang lelaki, abang ipar beliau dan kawannya.
Mangsa dikenali sebagai Meena Kashyap, 35 tahun, telah dipukul pada minggu oleh ahli keluarga suaminya selepas mangsa  membuat aduan keganasan pada bulan April, menurut laporan media tempatan. 

Pasangan tersebut juga terlibat dengan pertikaian berkenaan isu dowri 700,000 rupee (RM 46,461.00) yang telah diberikan oleh keluarga wanita itu kepada keluarga suaminya semasa perkahwinan. 

Suami mangsa, Daljit Singh, abang ipar mangsa, Kamaljeet dan rakan mereka yang dikenali sebagai Gaurav telah dituduh melakukan jenayah tersebut. 

Menurut kenyataan bapa mangsa kepada media. "Kami telah membuat aduan berkenaan isu ini pada tahun lepas tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil atas perkara ini. Mereka telah berkahwin selama dua (2) tahun dan mempunyai seorang anak perempuan. Keluarga mereka meminta 700,000 rupee sebagai dowry."

Kejadian itu telah mendapat perhatian polis apabila video mangsa dipukul tersebut tersebar di laman-laman social di seluruh negara. 

Isu dowri telah lama menjadi  isu yang kontroversi di pendalaman India, ia telah menjadi topik hangat sejak video itu tersebar.  

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment