IKLAN

(VIDEO) Penyampai Berita TV1 Tak Tahan Tergelak Time Live


PENYAMPAI berita sering kali dikaitkan dengan imej serius memandangkan mereka perlu menyampaikan berita agar mesej yang terkandung dalam sesebuah berita itu dapat disampaikan secara jelas dan terang kepada penonton.

Disebabkan itu, jarang-jarang sekali kita melihat pembaca berita tergelak dan tersengih tak tentu hala ketika menyampaikan berita, kerana mereka perlu beraksi profesional seperti mana yang dituntut pekerjaan mereka.

Namun, baru-baru ini tular video pasangan pembaca berita TV1 sedang menahan ketawa tatkala mahu membaca ‘closing news’ pada hari itu.

Pembaca berita wanita itu pada mulanya tidak dapat menahan ketawa apabila rakan gandingannya, Shahril Sharapudin mula membacakan berita mengenai seorang peniru gaya watak komedi terkenal dunia, Mr. Bean.

Mungkin disebabkan teringat ‘lawak-lawak bodoh’ Mr. Bean, wanita itu tidak dapat menahan ketawanya sehingga membuatkan Shahril turut tertawa sebelum mereka menutup tirai berita pada malam itu.

Tapi, apa-apa pun kedua-duanya memang sempoi dan video ini pun sudah mencatat jumlah tontontan yang agak tinggi iaitu hampir mencecah setengah juta tontonan!

Nak tahu apa yang diorang gelakkan sangat tu?  Tengoklah video ni! – 


sumber : mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment