IKLAN

Pembantu Perubatan Scan Cuma Nampak Air Ketuban, Doktor Ini Perjelas Kekeliruan Yang Berlaku


Sebaik disahkan hamil, bakal ibu perlu menjalani pemeriksaan antenatal rutin untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan selamat.

Ramai yang tidak tahu mengapa pemeriksaan antenatal penting untuk mereka. Malah ada yang sengaja melengah-lengahkannya hingga ke minggu-minggu terakhir.

Sepatutnya bakal ibu perlu mengetahui secara terperinci segala aspek pemeriksaan antenatal yang mesti dijalani untuk mengurangkan risiko sewaktu hamil dan bersalin.



Ujian scan adalah untuk melihat sama ada keadaan struktur anggota bayi normal atau sebaliknya, melihat beberapa jumlah kehamilan, tumbesaran bayi, keadaan uri, air ketuban dan masalah ketumbuhan pada rahim atau kilang ovari sekiranya ada.

Apabila pemeriksaan ultrasound dijalankan, jika terdapat keabnormalan dalam salah satu parameter pada bayi, misalnya – air ketuban banyak ( polyhydramnios ) , penyiasatan perlu dilakukan untuk menentukan kenapa air mentuban banyak – sama ada mak ada ibu ada kencing manis atau bayi dalam kandungan tidak normal.

Jika air ketuban kurang pula ( oligohydramnios ) – mungkin ada masalah pada tumbesaran bayi, atau ibu mungkin mengalami bayi yg tidak normal.

Ujian ultrasound juga dilakukan untuk melihat sekiranya ada tanda-tanda menunjukkan kemungkinan bayi yang dikandung mempunyai masalah genetik atau kromosom tidak normal.

Jika tanda-tanda itu ada, ujian seterusnya seperti amniosentsis, chorionic villus sampling ataupun mengambil sedikit darah bayi untuk ujian boleh dilakukan.

Bahkan ujian ultrasound turut boleh mengeratkan perasaan ibu terhadap bayi yang dikandung (bonding) apabila ibu melihat pergerakan manusia kecil yang lengkap di dalam rahimnya.

Kita juga boleh memantau tumbesaran bayi lebih-lebih lagi kandungan bermasalah seperti ibu yang mempunyai kencing manis, darah tinggi, kandungan kembar dan sebagainya.

Maka jangan melenting bila doktor tidak memfokuskan kepada muka bayi atau pun jantina bayi semasa beliau melakukan scan. Tumbesaran bayi serta keadaan keseluruhan bayi dan ibu adalah perkara UTAMA dalam pemeriksaan antenatal.

Satu lagi, Doktor yang berkhidmat di klinik kesihatan adalah pegawai perubatan berpendaftaran penuh yang diberikan tanggungjawab untuk merawat pesakit dgn kompetensi yang ada.

Mereka bukanlah doktor pelatih seperti yang disangka. Mereka telah menerima latihan yg mencukupi untuk mengendalikan kes2 antenatal semasa menjalani rotation Obstetrik & Ginekologi semasa di tempatkan di hospital besar.

Janganlah perkecilkan kebolehan mereka ya. Kecikkk hati dorang nanti
Harap dapat menjelaskan kekeliruan.


Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia

Kredit : Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment