IKLAN

Perkhidmatan Sewa Teman Lelaki diperkenalkan di Jepun


Jika anda kesunyian, perlukan teman atau tidak mahu pergi ke sesuatu tempat bersendirian mungkin perkhidmatan sewa lelaki yang ditawarkan di Jepun ini bersesuaian dengan anda.

Seorang usahawan bernama Nishimoto Takanobu telah memulakan perkhidmatan “Rent-a–Man” iaitu perkhidmatan menyewa lelaki yang digelar “ossan” atau lelaki berumur 30an sehingga 60an dengan hanya 1000 yen (RM 38) sejam.

Cara untuk menyewa lelaki-lelaki tersebut juga sangat mudah. Anda boleh menyewa seorang lelaki daripada 60 orang lelaki yang berdaftar dalam website “Rent-a-Man”, dan membayar “masa” mereka menggunakan kad kredit. Akhir sekali, anda boleh nyatakan lokasi pertemuan melalui mesej dan mereka pasti akan menemui anda disitu.

Perkhidmatan ini tidak hanya digunakan oleh wanita sahaja, tetapi lelaki juga mengunakannya. Tugas lelaki yang disewa bergantung kepada orang yang menyewanya, sama ada mereka memerlukan lelaki itu untuk memasang perabut atau melakukan pekerjaan lain yang memerlukan kekuatan.

Namun, terdapat juga sebahagian pelanggan yang hanya memerlukan teman untuk bersembang sambil minum teh atau hanya untuk menemani mereka pergi ke sesuatu tempat.

Menurut Nishimoto Takanobu dia memulakan perkhidmatan “Man-to-Rent” empat tahun lepas selepas terdengar perbualan beberapa pelajar mengenai orang tua yang menjijikan. Oleh itu dia buat perkhidmatan “show people men’s good points” dan telah mendapat 400 permintaan sepanjang tahun.

Tetapi, perkhidmatan itu juga mendapat reaksi negatif dari netizen di Jepun.  Kebanyakan mereka berkongsi kekecawaan dengan mengatakan yang perkhidmatan mungkin akan membahayakan orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu.

Namun, selagi permintaan dari pelanggan tidak menyalahi undang-undang, perkhidmatan “Rent-a-Man” itu mungkin tiada kesudahannya. Selain itu, perkhidmatan seperti ini juga turut ditawarkan di Korea Selatan
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment