IKLAN

Gigih 'pegawai itu' printscreen, print, laminate dan tampal, guru dah tak ada kebebasan bersuara ke?


Hanya kerana memuat naik keratan akhbar mengenai penjawat awam bersara awal kerana tekanan kerja, berserta dengan kapsyen dirinya bakal menyusul sama, guru wanita berkenaan telah dimalukan secara oleh pegawai atasannya.

Mohd Shirazi, 25 Julai lalu, memuat naik dua gambar yang menunjukkan status Facebook isterinya, Nova Adila Erizal, telah dicetak dan ditampal berhampiran mesin kad perakam waktu yang bertujuan memalukan isterinya. 

"Hanya kerana menyatakan rasa tidak terkejut dengan keratan akhbar tersebut, post Facebook isteri saya ditampal sebegini di tempat punch card pagi tadi. 

"Isteri saya kata, dia okey saja dan masih kerja serta masuk kelas seperti biasa. 

"Kegigihan tukang screenshot, print dan laminate ini memang dikagumi. Gigih. Cuma rasanya kita ada etika yang lebih baik. Cara sebegini yang hanya menakut-nakutkan para pensyarah dan staf. 

"Ini 'scare tactics' namanya. Orang jadi takut nak bersuara selepas ini. Dan hakikatnya, ini berlaku di sebuah organisasi pendidikan," katanya.


Gambar-gambar yang dimuat naik Mohd Shirazi itu telah dikongsi 322 kali oleh netizen, sejak dimuat naik jam 6.41 petang, 25 Julai lalu. 

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan namanya, guru terbabit telah dianiaya dan dimalukan, walhal tidak menyatakan secara spesifik tempat beliau bekerja. 

"Namun pihak atasan rasa sentap, lalu berbuat demikian bagi tujuan 'public shaming'. Sepatutnya pihak pentadbir hanya panggil guru itu dan bukannya memalukan guru berkenaan. 

"Saya kasihankan guru-guru yang menjadi mangsa kerana sikap pentadbir yang seolah-olah mencari kesalahan. Saya tidak mahu guru-guru diperlakukan seperti ini.

"Insiden ini tidak sepatutnya berlaku kerana guru-gurunya bersungguh-sungguh mengajar murid-murid tetapi tetapi diperlakukan seperti budak-budak," katanya. 

Bagaimanapun pada 27 Julai, Mohd Shirazi memaklumkan gambar-gambar post Facebook isterinya itu telah diturunkan selepas dua hari 'ditayangkan' secara percuma di ruangan berkenaan. 

"Alhamdulillah, post isteri saya di dinding mesin kad perakam waktu itu telah ditanggalkan selepas dua hari kemudian. Tak mahu cerita panjang, bukan semua perkara sesuai dikongsikan di sini. Nanti kena tampal lagi," selorohnya. 

Jelas Mohd Shirazi, beliau sebenarnya tidak mahu masuk campur dalam hal ini, malah isterinya langsung tidak menceritakan perkara itu dari pagi hari kejadian sehinggalah jam 5.30 petang semasa beliau menjemput isterinya di kolej. 

"Isteri belum punch card lagi, dia ajak saya teman dan siapa tak sayang isteri bro? Maka saya pun ambil gambar 'kenangan' di sana. 

"Bila post tersebut viral, saya dan isteri menerima banyak mesej dan komen yang berkongsi di mana mereka pernah mengalami situasi yang hampir sama. 

"Sedih tapi pelik, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di mana-mana pun. Doakan yang baik-baik saja semua," katanya.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment