IKLAN

Enggan Bersetubuh Ketika Haid, Lelaki Berang Dan Belasah Isteri


Perbuatan mendatangi isteri ketika sedang dalam keadaan kotor amatlah tidak bagus untuk kesihatan bersama dan juga ditegah agama . Namun , kebiasaannya yang ditegah itu lah yang semakin ramai cuba nak lakukan . 

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila suaminya berang dan pukul ketika diajak bersama namun ditolak kerana keuzuran (haid)

Menurut Sinar Harian , lelaki yang berusia 49 tahun dikatakan telah mengajak isterinya untuk bersetubuh pada jam sekitar 7 pagi 22 julai lalu . Suami bertindak mengasari isterinya kerana tidak dapat memuaskan nafsu .

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah Taman Impiana , Pengkalan Chepa Kelantan .

Walaubagaimanapun , wanita berusia 41 tahun itu menolak ajakan suaminya kerana sedang dalam keadaan tidak bersih . Mangsa yang bekerja sebagai pembantu pra sekolah dilaporkan mengalami lebam pada pipi dan dan tangan kiri bengkak selain sakit pada seluruh tubuh .

Ibu kepada dua anak itu kemudian membuat laporan polis dan tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah semalam . Lelaki itu pada mulanya mengaku melakukan perbuatan tersebut tetapi menarik balik pengakuan selepas mendengar hukuman yang bakal dijatuhkan jika sabit kesalahan .


Pendakwaan terhadap tertuduh membawa hukuman mandatori penjara sehingga 5 tahun jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan .

Tertuduh yang tidak diwakili pihak peguam mengaku tidak bersalah dan diikat jamin  rm1500 dengan syarat tidak mengganggu mangsa .

sumber : harian metro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment