IKLAN

10 Makanan Ini Wanita Patut Amalkan Untuk Jaga Rahim Jangka Masa Panjang


Untungnya kaum wanita apabila diciptakan oleh Allah SWT dengan keistimewaan mempunyai rahim yang berfungsi untuk membolehkan mengandung dan melahirkan bayi. 

Semasa proses kehamilan, saiz rahim wanita akan mengembang mengikut tumbesaran saiz bayi.

Tahukah anda bagaimana kisah perubahan saiz rahim anda sebelum dan selepas mengandung?

Rahim wanita boleh diumpamakan seperti belon selepas kehilangan udara apabila sudah melahirkan bayi. Rahim akan mengecil dengan pantas dan mengecut kembali kepada saiz dan posisinya yang normal.

Semasa proses kelahiran, ada wanita yang perlu melalui proses guntingan episiotomi yang dijahit semula untuk membaiki luka akibat guntingan.

Luka pada rahim ketika hamil terpisah ketika bayi dilahirkan. Ini menyebabkan sebahagian besar dinding rahim menjadi luka parah.

Haaa… sebab itulah wanita selepas melahirkan anak kerap diingatkan tentang penjagaan khusus untuk rahim sama ada dari segi pemakanan mahupun pergerakan fizikal bagi mendapatkan semula rahim yang sihat dan kuat.

Semak Pemakanan Untuk Jaga Rahim

1. Makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin perlu dimakan selepas bersalin.

2. Ambil makanan atau minuman seperti nasi atau susu (rendah lemak) dan keju (perlu dielakkan oleh penghidap hipertensi, buah pinggang, hiperkolesterolemia dan gangguan pembuluh darah).

3. Pengambilan susu perlu diseimbangkan dengan pengambilan makanan kaya magnesium dan kalsium yang terdapat dalam sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam, brokoli, epal, tauhu dan tempe.

4. Banyakkan pengambilan makanan bersumber vitamin C terutama buah-buahan segar yang dapat mempercepatkan keberkesanan penyerapan kalsium atau pun magnesium.

5. Kekacang juga turut menyumbang vitamin B kompleks yang berperanan dalam pemulihan tenaga, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, memperbaiki sistem reproduksi serta mengaktifkan hormon kelamin. Vitamin B kompleks terdapat dalam roti, kentang, sayuran berdaun hijau, ikan, hati, susu dan telur.

6. Buah nenas diantara makanan paling bagus untuk jaga rahim sebab mengandungi enjim bromalin dan selain itu sila makan buah betik yang mengandungi enjim papase. Kedua enzim berperanan untuk membersih darah kotor di belakang rahim. Makanan-makanan tradisi seperti keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

7. Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.

8. Makan pelbagai kacang saperti gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.

9. Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lain.

10. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

Jadi bagi menjaga rahim, anda patut mengamalkan pemakanan yang sihat seperti yang dinyatakan. Semoga bermanfaat!

Sumber
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment