IKLAN

(VIDEO) Bawa Mayat Abang ‘Bersiar-Siar’ Di Pekan…


GARA-GARA terlalu rindu, seorang lelaki bertindak di luar dugaan apabila gali kubur abangnya dan bawa mayat tersebut bersiar-siar di sekitar pekan Prata, di tenggara Brazil, hujung minggu lalu.

Lapor Daily Mail, Elderlandes Rosa, 29, bagaimanapun ditahan pihak polis tidak beberapa lama kemudian setelah orang awam membuat laporan terhidu bau busuk yang keluar daripada keranda tersebut.

Namun menurut lelaki itu, dia bermimpi abangnya, Eri Erisberto, yang mati tahun lalu ketika berusia 30 tahun, memintanya bersiar-siar sekitar pekan dengan menunggang basikal seperti mereka lakukan sebelum ini.


Berikutan itu, Elderlandes nekad menggali kubur abangnya pada sebelah malam Sabtu lalu (Ahad waktu Malaysia), dan kemudian membawa keranda mendiang abangnya itu bersiar-siar.

Sebelum itu, dia turut mengeluarkan mayat abangnya dari keranda untuk ‘berbual’.

Pegawai polis di pekan itu, Luciano Goncalves, berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai memberitahu kejadian pelik tersebut.

“Lelaki itu beritahu dia terlalu rindukan abangnya, lalu menggali kuburnya, membawa keranda bersiar-siar sebelum mengeluarkan mayat dari keranda untuk ‘berbual,” katanya.

Dalam temuramah dengan stesen televisyen Brazil, Vitoriosa TV, Elderlandes menyatakan bahawa ia adalah janjinya kepada abangnya.


“Saya kata, jika dia mati dulu, saya akan membawanya bersiar-siar, ke tempat yang dia suka pergi.

“Sekarang saya sudah tunaikan janji. Selepas ini saya boleh tenang. Terpulang kepada mereka yang ketawa atau mempersendakan saya,” katanya.

Menurut keluarganya, Elderlandes amat sedih dan tidak dapat menerima hakikat abangnya sudah meninggal dunia.

Dia bagaimanapun dibebaskan sementara siasatan lanjut dijalankan manakala mayat abangnya dikebumikan kembali keesokannya


Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment