IKLAN

Dakwa Kematian Anak Akibat Kecuaian Hospital


SEOARANG lelaki dari Batu Pahat, Johor mendakwa kecuaian sebuah hospital swasta telah membawa kepada kematian anak perempuannya.

Akhbar berbahasa Cina pada Jumaat melaporkan bahawa seorang lelaki yang dikenali sebagai Neo membawa anak perempuannya ke hospital swasta berdekatan pada 25 April lalu selepas mengalami demam panas.

Dalam satu posting di laman Facebook, Neo berkata keluarganya panik apabila mulut anak perempuannya itu bertukar ungu manakala tangan dan kakinya menjadi sejuk selepas diberi ubat di hospital.

Keadaan menjadi lebih buruk menjelang tengah malam apabila suhu badan anaknya naik ke 41°C dan dia mula muntah-muntah pada pukul 6 pagi keesokan harinya.

Lelaki itu mendakwa anak perempuannya kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi hospital tersebut.

Kanak-kanak perempuan itu dipindahkan pula ke unit pakar penjagaan kanak-kanak di hospital tersebut dan meninggal dunia 11 hari kemudian.

Neo mendakwa tindak balas perlahan hospital itu mengakibatkan kematian anak perempuannya.

Posting lelaki berkenaan turut mendapat perkongsian sebanyak 73,000 kali menerusi Facebook.

Menurut akhbar berbahasa Cina itu, seorang jurucakap hospital terlibat berkata, mereka sedih dengan insiden tersebut dan telah bertemu keluarga mangsa pada Jumaat untuk menawarkan pertolongan. – mStar Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment