IKLAN

Susulan Wanita Dirompak Pemandu Uber Gugur, Mahu Saman Uber


WANITA hamil yang disamun pemandu Uber ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Puchong pada minggu lalu, dilapor mengalami keguguran.

Lapor The Star, Wong Mei Yan, 26, mengalami keguguran kira-kira seminggu selepas kejadian itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Uber akibat tekanan emosi dan kerugian yang ditanggungnya.

Dalam kejadian 21 Mei lalu, Mei Yan mendakwa tidak perasan ada seorang penumpang lain berada di tempat duduk hadapan dan hanya menyedari kehadiran lelaki itu apabila pemandu Uber berkenaan mula bercakap dengannya.

Kisah Berkaitan : Wanita Dirompak Pemandu Uber

Mei Yan hanya bercakap dengan pemandu Uber berkenaan apabila dia melalui jalan yang salah walaupun arahan telah diberikan kepadanya sebelum lelaki di sebelah pemandu itu tiba-tiba mengacukan pisau dan mengarahkannya untuk menyerahkan segala barangan peribadi miliknya setibanya mereka di pusat perniagaan One Puchong.


Sementara itu, polis telah pun menahan pemandu berusia 22 tahun terbabit pada malam Khamis dan merampas sebuah kereta jenis Proton Saga BLM berwarna hitam.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki yang beralamat di Kulim, Kedah itu memiliki dua rekod jenayah lampau dan akan direman seminggu sehingga 31 Mei ini.

Sementara itu, Uber dalam satu kenyataannya hari ini berkata mereka sedih dan kesal dengan kejadian yang menimpa mangsa dan akan terus berhubung dan membantu mangsa. 
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment