IKLAN

Wanita Dirogol, Dipukul Sebab Hilangkan Dompet


MIAMI – Seorang lelaki diberkas selepas merogol dan memukul teman wanitanya hampir dua minggu hanya kerana mangsa menghilangkan dompet yang dibelikan untuknya.

Akhbar The Miami Herald di Florida, Amerika Syarikat (AS) melaporkan, Evan Xavier Little, 25, ditahan, Isnin lalu selepas wanita itu membuat laporan kepada polis di Miami Beach.

Wanita itu memaklumkan kejadian itu berlaku pada Januari lalu, selepas Little menjadi marah apabila mangsa meninggalkan dompet itu dalam kenderaan Uber yang dinaikinya.

Berikutan itu, mangsa berkata, suspek memukulnya dengan sebuah beg, kayu golf dan mencabut beberapa kuku palsunya menggunakan playar.

Menurut mangsa, beliau cuba meninggalkan pangsapuri mereka, namun suspek bertindak mengancam dan mencekik beliau.

Katanya, Little mengurungnya di dalam pangsapuri itu dua minggu, selain memberinya dadah dan merogolnya.

Akibat perbuatannya itu, Little kini berdepan dengan pelbagai tuduhan dan tidak dibenarkan jaminan. – AP/myMetro Online
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment