IKLAN

Subhanallah ! Lihatlah Betapa Hebatnya Memori Anak Autism Ini Menghafal Al Quran !!


Rawang: Ketika dia memperdengarkan bacaan Yasin dengan tajwid dan berlagu, kita tidak menyangka remaja lelaki ini, Umar Hasfizal berusia 15 tahun sebenarnya penghidap autisme.
Ia sejenis penyakit gangguan ke atas perkembangan otak yang mengakibatkan penghidapnya mengalami masalah komunikasi, interaksi sosial dan perilaku.

Bagaimanapun, bagi Umar, autisme yang menjadi mimpi ngeri kepada kedua ibu bapa, bukan penghalang untuknya menzahirkan keistimewaannya.

Umar yang dilahirkan pada 29 Mei 1998 di Ipoh, Perak, bukan saja boleh menghafal surah Yasin yang mempunyai 83 ayat sepenuhnya, malah beberapa surah lain yang panjang seperti surah As-Sajdah, surah al-Jumaah dan al-Saf.

Kelebihan ‘memori foto’ pada Umar bukan saja membolehkannya menghafal surah panjang dalam al-Quran, malah berkebolehan menukarkan tarikh masihi kepada Hijrah. Di samping itu berikan apa saja lagu yang ingin diperdengarkan, dia akan menyahut cabaran itu dengan alunannya sendiri sambil bermain keyboard.



hmetro
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment