IKLAN

“Saya Mahu Bersalin Di Luar Negara” – King Coco


SETELAH berteka-teki dengan pengikut di laman Intagram miliknya, instafamous King Coco akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Pengesahan itu sekali gus menjawab persoalan adakah dia bunting pelamin setelah sebulan bernikah.

Menurut Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 20, dia sendiri tidak menyangka disahkan hamil sebegitu cepat.

“Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung. Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah.

“Lagipun kami merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin tapi ini rezeki Allah.

“Saya tidak pernah tolak. Memang saya sukakan kanak-kanak malah, anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess.

“Apabila saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan saya, segera saya membuat pemeriksaan sendiri dan alangkah gembiranya apabila mendapat tahu saya sudah mengandung. Macam tidak percaya!

“Tapi yang kelakarnya saya sentiasa terbayang-bayang kesakitan apabila melahirkan anak kelak, sampaikan termimpi-mimpi dibuatnya,” katanya kepada Astro Gempak.

http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2017/03/16830808_1293727690695976_8025769709176125853_n-1.jpg

Dia yang tidak mendedahkan usia kandungannya itu bagaimanapun memaklumkan tidak mengalami alahan teruk atau mengidam bukan-bukan buat masa ini.

Bercerita mengenai perancangannya bakal bergelar ibu, King Coco akui mengimpikan bersalin di luar negara.

“Saya mahu bersalin di luar negara untuk setiap anak saya. Jadi adalah juga kenangan apabila kembali ke tempat saya bersalin itu nanti.

“Rasanya dua orang zuriat sudah cukup untuk kami,” katanya.

Terdahulu, King Coco dilihat sering memberi bayangan dirinya hamil berdasarkan hashtag #rezekianak yang sering digunakan di laman Instagram.

King Coco dan suaminya, Azrin Anaz Abdul Shukor (Capt. Azrin), 35, selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Hampshire Place, Ampang.

Pasangan ini dijangka melangsungkan majlis persandingan pada hujung bulan ini.

King Coco dikenali ramai selepas videonya bercakap menggunakan pelat mat saleh sambil mendakwa dirinya mempunyai keturunan Cina, Pakistan dan Serani menjadi viral di laman sosial.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment