IKLAN

(Pelik) Happy Lepas "ROGOL" Lembu!


BEBERAPA keping gambar memaparkan seorang lelaki Thailand ditahan polis dalam keadaan bogel selepas menjalinkan hubungan seks dengan lembu kini tular di laman sosial.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, perbuatan lelaki berusia 40 tahun itu kantoi selepas beberapa penduduk kampung di daerah Lampang itu terlihat kelakukan anehnya mencium seekor lembu kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum memaklumkan kepada penternak haiwan itu.

Bagaimanapun, ketika membuat pemeriksaan, penternak lembu berkenaan terkejut besar apabila menyaksikan haiwan miliknya itu sedang dirogol lelaki berkenaan.





Lelaki itu yang menyedari perbuatannya terbongkar lantas menyembunyikan diri di sebuah tandas berdekatan ladang lembu itu sebelum berjaya ditahan polis.

Ketika ditahan polis, lelaki tersebut dilihat tersenyum dan ketawa besar mungkin kerana menyedari perbuatan memalukan yang dilakukannya.

Semasa disoal siasat, lelaki itu akui mempunyai ‘perasaan tarikan sangat kuat’ terhadap lembu itu ketika haiwan itu sedang meragut rumput.

Sementara itu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat sama ada lelaki berkenaan mempunyai masalah mental atau sedang khayal.

Hasil pemeriksaan pada lembu mendapat terdapat kesan air mani pada haiwan itu.




mynewshub
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment