IKLAN

(VIDEO) Aktivis PPIM Ditahan Akibat Komen "PANAS"!!!


KUALA LUMPUR – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi ditahan polis tengah hari tadi susulan komennya dalam video banteras pusat perjudian yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Penahanan hero isu kota raya itu disahkan menerusi akaun Facebook PPIM hari ini selepas dia dikatakan memberi komen berbentuk ancaman kepada beberapa pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan hasutan terhadap undang-undang negara.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan mengesahkan penahanan Yusuf oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, Yusuf ditahan kerana menghasut dan mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan undang-udang.

“Pada awalnya, anggota polis datang untuk mengambil keterangan berhubung video berkenaan tetapi mereka membawa Yusuf ke balai untuk siasatan lanjut.

“Kami masih menunggu siasatan,” katanya yang kesal dengan penahanan tersebut.

Jelasnya, PPIM menerusi Facebook sedang mengumpul pendapat orang ramai terhadap penahanan Yusuf yang sering berusaha untuk menghapuskan aktiviti perjudian mesin di negara ini.

“Adakah komen beliau memberi ancaman kepada mana-mana pihak mahupun negara sehingga perlu ditahan?” tulis kapsyen tersebut.


Menerusi video yang diterbitkan PPIM dan disiarkan Selasa lalu, Yusuf mengesa pihak berwajib melakukan sesuatu bagi menghapuskan aktiviti mesin judi haram di negara ini.

Dalam temubual itu, Yusuf turut mendakwa agensi yang terlibat dalam menghapuskan pusat perjudian haram ini kurang efektif namun dia tidak menyalahkan satu pihak sahaja.

“Saya tidak menyalahkan pihak berkuasa tempatan kerana dia hanya mengeluarkan lesen dan mereka juga tidak mempunyai kekuatan yang kuat.

“Mungkin 10 anggota jujur dan sebab satu anggota habis rosak, segala strategi telah dilakukan sekian lama, boleh bocor dalam sekelip mata,” katanyaa.

Yusuf turut mempersoalkan kewujudan pusat perjudian mesin di kawasan balai polis dan percaya ada dalang disebaliknya.

“Cuba bayangkan satu balai cukup besar ada beratus anggota dan sebab dua anggota buat masalah, habis nama baik polis.

“Kita tidak mahu nama polis semakin buruk sedangkan mereka sudah menjaga keselamatan negara dengan baik. Polis perlu membuat sesuatu,” katanya yang turut mengaitkan nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Yusuf turut mengaitkan aktiviti perjudian ini dengan penglibatan gangster yang diupah untuk menjaga kawasan.


Di dalam hal ini, Yusuf  tidak menyalahkan pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen kepada premis-premis ini kerana pada asalnya pemohonan lesen adalah bagi menjalankan perniagaan lain seperti Pusat Hiburan, Kafe Siber dan sebagainya.

Isu Mesin Judi haram ini bertambah panas apabila  Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Sri Jamal Md Yunos yang juga Ketua Gerakkan Merah ditahan baru-baru ini kerana disyaki melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Bersalahkan Jamal?



Bukankah tindakan beliau itu menggambarkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap isu mesin judi yang semakin berleluasa? Bukankah Judi itu haram di sisi Agama! Antara Aktiviti Judi Haram, undang-undang dan penangkapan Jamal. Siapa yang berkuasa? Siapa yang bersalah?

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment